Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Tempatan Tipu RM1.2 Juta Hanya Guna Facebook
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Wanita Tempatan Tipu RM1.2 Juta Hanya Guna Facebook | Assalamaualaikum, salam subuh dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Saban hari, bilangan kes penipuan online kian membimbangkan. Banyak laporan telah dibuat berkenaan penipuan online dan tak kurang juga ada yang menjadikan Facebook sebagai medium sindiket penipuan online.

Terbaru, Seorang wanita tempatan menjadikan akaun laman sosial Facebook sebagai medium menipu dalam talian dengan mengaut keuntungan jutaan ringgit sepanjang tempoh dua tahun beroperasi.Lapor Kes Penipuan Online Dan Kenali Penipu-Penipu Online Di Sini –>Senarai Penipu Online

Bersekongkol dengan lima warga Nigeria melakukan aktiviti African Scam itu terbongkar selepas mangsa, wanita warga negara Singapura membuat laporan polis mendakwa ditipu mereka, baru-baru ini.

Wanita yang menyamar sebagai kakitangan bank dan pegawai kastam itu dilaporkan mengaut keuntungan sekitar RM1.2 juta hasil penipuan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, mangsa yang juga ahli perniagaan wanita berusia 60 tahun, ditipu hampir RM600,000 selepas terpedaya dengan suspek yang dikenalinya Julai lalu.


Beliau berkata, mereka berkenalan menerusi laman sosial itu, selepas mangsa terpikat dengan suspek yang menyamar sebagai lelaki warga Ireland.
Hadiah melalui kurier

Sebagai tanda persahabatan, katanya, suspek menghantar hadiah melalui kurier yang didakwa mengandungi wang tunai RM750,000 kepada mangsa.

“Mangsa diarah membuat pembayaran ke atas bungkusan termasuk cukai kastam dan insurans. Mangsa membuat transaksi di empat akaun bank tempatan termasuk akaun wanita berkenaan,” katanya di sini semalam.

Katanya, hasil risikan, suspek berumur antara 25 hingga 40 tahun berjaya diberkas di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, tengah hari kelmarin.

Siasatan awal juga mendapati, kelima-lima suspek warga Nigeria itu memasuki negara ini menggunakan visa pelajar.

“Mereka memberi faedah 10 peratus kepada pemilik akaun daripada jumlah keuntungan penipuan itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, tiga lelaki dipercayai ahli sindiket pengedaran cakera padat cetak rompak ditahan polis dalam satu serbuan sempena ‘Op Ostrich’ di Shah Alam Selangor, kelmarin.


Abdul Jalil berkata, tangkapan dilakukan ketika suspek sedang melakukan transaksi memindah bekalan ke dalam sebuah kenderaan. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments