Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Nelydia Senrose Dedah Suka Berfantasi Ketika Berlakon
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Populariti yang dimiliki Nelydia Senrose ketika ini membuatkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan ramai penerbit dan pengarah yang menawarkannya berlakon.

Tahun ini sahaja, dia sudah membintangi banyak drama bersiri dan filem termasuk yang terbaru iaitu drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan filem Cinderella.

Di sebalik kesibukan aktres jelita itu di lokasi penggambaran, beliau sempat meluangkan masa untuk ditemubual oleh wartawan Kosmo berhubung perkembangan terkininya dengan filem Cinderella arahan Ahmad Idham.


Menurut Nelydia, dia mampu membawa watak sebagai Cinderella kerana dirinya memang suka berfantasi untuk menjiwai watak berkenaan.

"Saya menerima sesuatu watak itu jika saya mampu untuk melakukannya kerana saya tidak mahu merosakkan karakter yang saya lakonkan."

"Alhamdulillah, pertama kali memegang watak utama dalam filem Cinderella saya telah menerima respons positif dari pelbagai pihak. Ini sudah membuatkan saya berasa gembira dengan penampilan pertama saya di layar perak."

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments