Bila dah nama ‘handsome’, pemandu tren laju pun jadi bahan tumpuan.
Itulah yang terjadi di China apabila seorang pemandu tren laju, Sun Jiaqi dikatakan menjadi tumpuan para wanita tidak kira umur.
Berwajah tampan dan senyumannya yang
manis, dia dikatakan menjadi gelombang baru di laman-laman sosial
setelah wajahnya di muat naik dalam sebuah laman yang mengumpulkan
wajah-wajah tampan si pemandu tren laju.
Gambar tersebut kemudiannya menjadi viral apabila ia dikongsi oleh ribuan pelayar laman sosial.
Menurut Shanghaiist.com dan Sina.com, Jiaqi dikatakan bekerja di Suzhou Metro Line, sebuah syarikat pengendali tren di China.
Bukan itu sahaja, dia juga bekerja sebagai peragawan (model) sambilan.
Tambah hangat apabila Jiaqi menjawab di laman sosialnya dan menyatakan dia hanyalah ‘pekerja biasa’.
No comments
Post a Comment