Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » KL Gangster 2…Baru Tiga Hari Tayang Dah Kutip RM700,000!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KL Gangster 2...Baru Tiga Hari Tayang Dah Kutip RM700,000!
PETALING JAYA – Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM700,000 menerusi tayangan tengah malamnya pada Khamis (malam tadi) termasuk tiga hari tayangan awal dari 27 hingga 29 September lalu.
Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, mengikut ramalannya, beliau yakin filem berkenaan mampu mendapat sokongan peminat filem tempatan walaupun ia sudah dicetak rompak.
“Berdasarkan kepada kutipan itu, saya percaya filem ini mampu menarik perhatian orang ramai terutama sekali kepada mereka yang menantikan hasil karya arahan anak saya, Syamsul,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Khamis.
Filem berkenaan sepatutnya ditayangkan pada Khamis tetapi telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak.
Yusof berkata, kutipan bagi 100 buah panggung untuk tayangan larut malam menyaksikan pihaknya memperoleh RM200,000 manakala tiga hari tayangan awal mendapat RM500,000.
Malah berdasarkan tayangan berkenaan, kebanyakan panggung menunjukkan jumlah penonton yang ramai sekali gus melegakan hatinya selepas bimbang karya itu tidak mendapat sambutan.
Yusof berkata, beliau mengharapkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi.
Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi kerana sebahagian penonton mungkin sudah menyaksikannya lebih awal melalui Internet akibat sabotaj, tetapi Yusof percaya filem itu akan berjaya menarik penonton ke pawagam.
Sementara itu ditanya bagaimanakah keadaan Syamsul ketika ini Yusof memberitahu, anaknya itu masih tidak dapat menerima karyanya disabotaj.
Katanya, Syamsul juga tidak mahu diganggu sebaliknya mengambil pendekatan untuk menyendiri kerana dia amat kesal dengan peristiwa berkenaan.
“Saya mahu anak saya terus berjuang untuk menghasilkan filem-filem lebih hebat selepas ini dan berharap kejadian yang berlaku bukanlah alasan untuk dia patah semangat,” katanya. – Mstar.com.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments