DI KENTUCKY, polis menemui rangka seorang wanita warga emas di
kediamannya, dipercayai meninggal dunia selepas jatuh sakit dan mayatnya
dimakan oleh anjing serigala peliharaannya.
Kehilangan Patricia Ritz, 67, dilaporkan oleh jirannya selepas hampir seminggu tidak melihat kelibatnya.
Wanita itu dilaporkan pernah memiliki beberapa rekod kesalahan
menzalimi anjing peliharaannya bermula pada tahun 1986 hingga tahun
2003.
Salah satu kesnya ialah pada tahun 1999 apabila pihak berkuasa
menemui 184 anjing di kediamannya dalam keadaan tidak terurus sekaligus
menyebabkan 159 daripadanya terpaksa dibunuh kerana dijangkiti penyakit.
Bagaimanapun, Patricia dibenarkan memelihara baki anjing tersebut yang telah dirawat dan dikasi.
Kematian wanita itu menemukan lebih 50 ekor anjing dalam keadaan
tidak terurus dan lapar di kediamannya di Fordsville di mana 27
daripadanya sudah ditempatkan di hospital veterinar di Owensboro.
No comments
Post a Comment