Aktres
jelita, Intan Ladyana menjelaskan yang adegan berahi yang dilakonkan
olehnya dengan aktor Farid Kamil merupakan salah sebuah babak yang
paling sukar dilakonkan dalam filem terbarunya, ‘Dampak’, yang bakal
menjengah ke pawagam pada 19 September ini.
“Babak tersebut merupakan babak yang paling sukar untuk saya lakonkan.
Sepatutnya adegan itu adalah adegan watak Giran (lakonan Farid Kamil)
merogol Qyra (lakonan saya). Tapi selepas berbincang dengan pengarah,
adegan itu menjadi adegan yang bercampur baur.
Antara keinginan Giran yang mahu merogol Qyra, pada masa yang sama Qyra
juga dalam diam suka kepada Giran dan yang membuatkan keadaan menjadi
rumit lagi adalah Giran dan Qyra mempunyai hubungan yang sangat rapat
seperti adik beradik. Qyra sukakan Giran namun Qyra cemburu kerana
sebenarnya Giran suka kepada Hana (Julian Evans),” cerita heroin filem
‘Adnan Sempit’ ini.
Ketika ditanya adakah dirinya sudah bersedia jikalau adegan berahi yang
dia lakonkan bersama Farid dalam filem ‘Dampak’ ini akan menjadi bualan
hangat dan disensasikan oleh sesetengah pihak, Intan ada jawapan
tersendiri.
“Saya rasa perkara ini tidak menjadi masalah kerana babak ini sebahagian
daripada jalan cerita. Lagipun, adegan ini bukan dibuat secara ‘real’,
tenaga produksi menggunakan teknik kamera dalam merealisasikan babak
ini,” jelas kekasih kepada pelakon Kamal Adli ini.
Mengulas mengenai cabaran lain yang dihadapinya dalam menjayakan
‘Dampak’, Intan menjelaskan dia terpaksa melakonkan aksi merokok
sedangkan pada hakikatnya dia tidak gemar dengan asap rokok.
“Antara cabaran yang saya tempuhi adalah saya terpaksa merokok untuk
menghidupkan watak Qyra. Realitinya, saya merupakan seorang yang tidak
suka langsung dengan asap rokok, tapi saya harus mengambil cabaran ini.
Selain itu, babak pertarungan
juga merupakan satu cabaran buat saya. Walaupun babak pertarungan dalam
filem ini tidaklah banyak jika ingin dibandingkan dengan babak
pertarungan dalam filem ‘Bini-Biniku Gangster’, tetapi babak pertarungan
yang ada dalam filem ini saya harus campurkan dengan lebih beremosi
untuk menjayakan watak Qyra dengan baik,” jelas Intan mengakhiri
perbualan.
sumber:Gua.my
No comments
Post a Comment