ABANG kepada Rihanna mendedahkan penyanyi terkenal itu mula terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti mengambil minuman beralkohol dan sering menghabiskan masa di kelab malam sejak berusia 14 tahun.
Rorrey Fenty memberitahu The Sun ibu mereka ketika itu sangat risaukan tentang tabiat kakaknya itu dan sentiasa menasihatinya supaya berubah.
“Dia sangat liar semasa remaja dan ibu sentiasa risaukannya namun Rihanna bukanlah seorang yang jahat sehingga menimbulkan masalah besar,” katanya.
Dalam pada itu, Fenty berkata, Rihanna sebenarnya seorang yang sederhana dan sering menghabiskan masanya di Barbados iaitu tempat kelahirannya jika tidak membuat sebarang aktiviti seni.
Jelasnya, penyanyi lagu Diamonds akan menghabiskan masanya di rumah dan sering meminta ibu mereka memasakkan kari ayam kegemarannya. – mStar
No comments
Post a Comment