Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Misteri Hantu dalam Universiti! Serammmmmm.....
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Cerita ni terjadi di perpustakaan Victoria University of Wellington, New Zealand, tempat aku kerja belajar. Jangan ingat negara omputeh takde hantu, diorang pun ada jugak cumanya tak sama la jenis hantu dia dengan jenis hantu kita la kan. Cerita ni diturunkan daripada bos aku, 2 orang. Tapi kesahihan cerita tidaklah aku tau pulak wey sebab aku tak pernah jumpa lagi menatang tu.
cerita hantu (1)

Library tempat aku kerja ni kalau tak silap ada 9 tingkat, kalau dikira dengan level 0 (underground floor) yang seram gelap caharam tu, kiranya ada 10 tingkat la ye tak? Okay, alkisahnya bermula bila ada DUA kejadian bunuh diri di perpustakaan tersebut. Aku tanya la sebab apa diorang bunuh diri? Orang kata maybe sebab stress belajar.
Kes pertama aku tak ambik port sangat lah sebab alkisahnye orang tu terjun daripada atas bumbung library tu dan terus landing dekat staff lounge dekat tingkat 3. Aku tak selalu pun jejak dekat lounge room tu..takde masa pulak nak bancuh kopi masa kerja. Bukan lama pun kerja part-time ni. Satu syif hanya 3 jam.
Tapi kes kedua adalah agak menyeramkan sebabnya student yang bunuh diri tu lompat di bahagian tangga utara bangunan, dari atas sampai ke bawah. Untuk fahami tahap kemautan ketinggian tersebut, sila tengok gambar di bawah…
cerita hantu
Di bahagian utara bangunan, ada tiub besar daripada level 0 sampai la ke puncak bangunan. Berdasarkan cerita mamat tu terjun dari atas sampai ke bawah lalu mati di tempat kejadian. Maka sejak itu lah kedengaran cerita yang ada orang berjumpa dengan “bayang-bayang” mamat tu di level 0. Di level 0 tu ada almari buku yang jenis kena pusing handle baru boleh bukak.
Cuba bayangkan kalau kau bukak almari tu tetiba di celah almari terjumpa something? Ada orang yang pernah jumpa benda tu dia kata benda tu tak kacau orang pun, dia hanya muncul sekejap dan lepas tu hilangGambar ni diambil dekat bahagian selatan bangunan.
Tangga dekat situ belum ada perlindungan lagi sebab orang tak bunuh diri dekat situ agaknya. Disebabkan bahagian utara dah ada kes bunuh diri, maka diorang letakkan perlindungan kat situ supaya orang tak jadikan tempat tu kawasan terjun bebas stress.
Tapi mintak simpang la wey. Tak hingin aku tengok benda tu sensorang. Kang terberak-berak tengok hantu, sape nak basuh seluar aku? Aku teringin nak tengok hantu tapi dalam group la, bukan sorang-sorang. Selagi aku tak jumpa, selagi tu aku tak percaya. Dan kalau ada hantu yang baca blog aku ni, mohon jangan datang jerkah masa aku duduk sorang-sorang. Sekian
Entry Asal : http://www.arcx13.com/2012/01/cerita-hantu-perpustakaan-universiti.html#axzz2EvGdk9ru

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments