Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 10 Perkara Wanita Perlu Belajar Tentang Lelaki... Mesti baca...
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


ADAM dan Hawa saling memerlukan, juga melengkapi di antara satu sama lain. Mahu bertemu insan bergelar lelaki yang serasi memang sukar. Terutama jikalau lelaki itu memiliki banyak lapisan di dalam dirinya. Sekejap begitu, sekejap begini.
Kebanyakan wanita akur dengan pilihan dibuat lelaki. Sememangnya kuasa memilih terletak di tangan lelaki. Malah lelaki jugalah yang memutuskan mahu menjadikan si gadis teman hidup atau bukan. Sebab itulah adanya kata-kata jangan perigi mencari timba.
Mengendalikan lelaki bukan satu hal mudah kerana mereka punya 1001 macam sifat tersembunyi. Cukuplah 10 tips GUA hidangkan kali ini. Berikut adalah senarai paling penting sifat lelaki yang wanita perlu arif perihal lelaki.
1. Jangan berkias-kias dengan lelaki kerana mereka bukan ahli nujum mampu menelah apa di fikiran kamu. Berterus-terang apa ingin dibahaskan kerana mereka pasti mampu memahami. Jikalau kamu sekadar memendam rasa atau menunjuk protes dengan perubahan sikap, memang takkan dilayan.
2. Jangan harapkan lelaki akan berkata-kata manis meluahkan rasa dengan bahasa indah-indah seperti di dalam filem. Memang takkan! Hanya nisbah satu dalam beribu akan ada lelaki romantis sebegitu. Jiwang karat!
3. Jangan bertanya jikalau kamu wanita yang tidak boleh menerima kritikan. Lelaki jikalau ditanya akan menjawab dengan jujur malah berkata benar. Kalau kurus, kuruslah, kalau tembam, tembamlah jawabnya.
4. Jangan sekali-kali punya sahabat ‘lelaki gelap’ (skandal) kerana lelaki jika sudah mengikat kamu sebagai teman wanita akan sakit mata, hati jika kamu melayan lelaki lain. Walaupun kamu gelarkan orang itu sahabat atau hanya kawan, lebih-lebih lagi sepupu.
5. Jangan terlebih gaya dengan solekan tebal dan ketrampilan menjolok mata. Lelaki jikalau sudah suka bakal menerima kamu seadanya. Cantik rupa macam mana sekali pun kalau perangai seperti ***** pasti ditinggalkan sahaja. Sayonara!
6. Jangan lukakan hati lelaki kerana mereka akan ingat sampai bila-bila. Lelaki sebenarnya lebih emosi daripada kita. Lelaki kalau sudah sayang, susah bagi mereka mahu melepaskan kamu. Mereka akan benar-benar terguris rasa. Melainkan kamu bernasib malang bertemu lelaki si buaya darat.
7. Jangan takut mahu melakukan perubahan pada diri terutama perubahan kecil. Lelaki takkan melihat perkara terperinci. Contohnya setakat mahu memotong rambut seinci dua, memang lelaki takkan perasan.
8. Jangan ungkit peristiwa lama. Jangan buang masa membangkitkan perihal sebulan lalu. Segala komen tidak lagi valid selepas tujuh minggu. Lain kali jika ada isu berbangkit, suarakan segera. Jangan pendam tunggu lama-lama untuk dibincangkan. Sumpah tak layan!
9. Jangan khuatirkerana azalinya memang lelaki akan memandang perempuan lain. Mereka galak mengurat tetapi hati mereka tetap milik kamu. Percayalah, 99.5 peratus waktu, lelaki bukannya bermaksud melukakan hati kamu.
10. Jangan memandai beri pendapat. Lelaki jika meluahkan rasa, hanya mahu kamu menjadi pendengar setia mereka. Lelaki sebenarnya punya lebih banyak masalah besar daripada kamu. Jangan peningkan mereka dengan macam-macam perkara.(Gua.com.my)

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments