Pelakon sensasi Indonesia, Dewi Persik sekali lagi menimbulkan kontroversi menerusi filem terbarunya apabila tampil berbogel tanpa seurat benang.
Dewi menganggap tindakannya itu hanya atas dasar profesional dalam lakonan.
“Itu menunjukkan saya beri kesemuanya dalam lakonan. Tapi sebenarnya, saya menangis kerana sampai bila saya harus ditelanjangi seperti itu,” katanya.
Malah, Dewi juga memberitahu bahawa aksinya itu sudah diketahui ibu bapanya.
Dia menjelaskan meskipun berbogel tapi seluruh bahagian tubuhnya ditutupi cat.
“Ibu bapa saya sangat mengenali saya. Mereka boleh membezakan ketika saya menjadi anak dan artis.
“Kalau umrah berkali-kali itu Dewi Muria Agung, kalau telanjang itu Dewi Persik,” katanya.
Dewi Perssik atau lebih dikenali dengan nama Depe juga menolak ketika dikatakan tindakannya itu untuk mencetuskan kontroversi.
Sebelum ini, Depe pernah menarik perhatian dunia seni apabila menyaman penyanyi seksi, Julia Perez berhubung insiden pergaduhan di lokasi penggambaran.
Kini, Julia sedang menjalani hukuman penjara selama tiga bulan di Penjara Pondok Bambu atas kesalahan mencederakan Depe. – Sinar Harian
No comments
Post a Comment