Anda peminat setia filem atau karakter di dalam Marvel?
Jika ya, pastinya anda sudah menonton Iron Man 3 yang kini berada di pawagam.
Daya penarik sesebuah filem bukan sahaja bergantung kepada jalan cerita serta pelakon yang ditampilkan, malah perkara yang remeh seperti poster serta trailer turut menjadi perhatian penonton.
Apabila disebut berkenaan trailer, pastinya seseorang itu mengharapkan sebuah trailer yang mampu memikat mereka ke pawagam.
Kreativiti tidak pernah menghalang seseorang untuk tidak melakukan sesuatu perkara.
Maka, tercetusnya ‘Trailer Iron Man 3 (tak cukup bajet)’
Apa yang tak cukup bajet?
Sekumpulan anak muda mencurahkan idea kreatif mereka apabila menghasilkan sebuah parodi trailer Iron Man 3.
Apa yang menarik, usaha mereka itu boleh dikatakan usaha 100 peratus apabila mereka cuba untuk menghasilkan parodi yang sama seperti trailer asal.
Sebelum anda melihat trailer parodi tersebut, lebih baik anda menonton trailer asal supaya memudahkan anda untuk membuat perbandingan.
Dengan teknologi yang canggih, kita dapat lihat sesuatu filem itu sangat menarik serta diluar jangkauan pemikiran kita.
Dan sekarang, anda bandingkan parodi trailer tersebut.
Mungkin kreativiti mereka itu akan kelihatan lebih menarik jika mempunyai bajet yang besar.
Semoga anak muda sebegini mampu mewarnai dunia seni dengan menghasilkan karya-karya yang menarik. [Mynewshub.my][
No comments
Post a Comment