Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Penjaga Lembu Maut Kepala Ditetak!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Maut
Seremban – Seorang penjaga lembu ditemui mati dibunuh dengan kesan tetakan di kepala dan lengan kirinya dalam kejadian di Kampung Pasir Rantau, di sini, kelmarin.
Sumber berkata, kejadian disedari kira-kira jam 3.20 petang apabila anak majikannya menemui mayat mangsa, R Muthaiya, 48, berlumuran darah dengan kesan kecederaan dipercayai akibat diserang dengan senjata tajam dalam rumah bersebelahan kandang lembu itu.
“Hasil siasatan polis turut menemui barangan berharga milik mangsa dan kejadian dipercayai bukan bermotifkan samun.
“Mangsa yang berasal dari Rawang, Selangor, diupah majikannya untuk menjaga lembu sejak tiga bulan lalu,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Menurut sumber, tiada senjata tajam ditemui di tempat kejadian dan motif pembunuhan masih dalam siasatan. - myMetro Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments