Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Bieber Dedah Gambar Dia Dipeluk Gomez!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Justin
LOS ANGELES – Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber mendedahkan sekeping gambar di rangkaian perkhidmatan sosial Instagram yang menunjukkan dia dipeluk bekas kekasihnya, Selena Gomez, lapor akhbar dalam talian Daily Mirror semalam.
Gambar tersebut menunjukkan Bieber yang berusia 19 tahun tidak memakai baju semasa dia dipeluk Gomez dari arah belakang. Gomez yang berusia 20 tahun memeluk Bieber yang sedang menggunakan sebuah komputer riba.
Gambar tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan media Barat kemungkinan kedua-duanya kembali bersatu semula selepas hubungan mereka terputus. Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa kedua-duanya kembali menjadi pasangan kekasih selepas berpisah pada Januari lalu. Selepas berpisah dengan Gomez, kehidupan Bieber menghadapi pelbagai masalah.
Penyanyi itu juga terpaksa menghentikan persembahan di London selepas dia mengalami kesukaran bernafas pada Mac lalu.
Pada 25 April lalu, portal berita BBC melaporkan, dadah dan sepucuk senjata renjatan elektrik ditemui di dalam sebuah bas konsert jelajah Bieber di Globen, Stockholm, Sweden. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments