Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Seekor harimau digantung atas pokok akibat serang tiga penduduk!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


New Delhi – Sekumpulan penduduk kampung di India memukul seekor harimau bintang dan menggantungnya di pokok selepas haiwan itu menyerang tiga penduduk di negeri Assam.


Kejadian berlaku di kampung Choriyakhola Bisiondoi, Golokgunj yang terkenal sebagai habitat haiwan itu.
Seekor harimau bintang dikatakan menceroboh masuk ke rumah seorang penduduk, Haren Roy sebelum menyerang mangsa serta dua lagi anggota keluarganya.
Penduduk kampung yang bergegas ke rumah Roy selepas mendengar jeritan meminta tolong mengejar haiwan itu, lapor akhbar Business Standard of India.
Roy dan dua ahli keluarganya dimasukkan ke hospital awam Dhubri dan dikatakan kritikal. Seorang mangsa cedera parah di muka.
Assam menyaksikan peningkatan serangan haiwan terhadap manusia sejak beberapa tahun lalu. Penduduk yang sebelum ini menghormati haiwan mula membunuh binatang itu berikutan berang dan ketakutan.
Tiada statistik rasmi mengenai kematian harimau bintang yang dibunuh oleh penduduk, tetapi laporan tidak rasmi meletakkan angkanya adalah kira-kira 70 antara tahun 2005 hingga 2011, menurut Indian Express.
Pada Mac tahun lalu sekurang-kurangnya lapan orang cedera apabila dua harimau bintang di Kamrup menyerang mereka di padang. Penduduk kampung membunuh seekor, manakala seekor lagi melarikan diri. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments