Saluran televisyen CBS yang akan menyiarkan anugerah muzik berprestij Amerika, Grammy Ahad ini, telah mengeluarkan kod pakaian kepada para hadirinnya.
CBS meminta semua selebriti hadir mengenakan pakaian yang tidak terlalu mendedahkan serta yang tidak menjolok mata.
Sebelum ini, pada 2004 pernah berlaku insiden semasa waktu rehat Super Bowl di mana sebahagian payu dara penyanyi Janet Jackson terdedah semasa melakukan persembahan secara langsung yang disiarkan ke seluruh dunia.
Insiden itu hangat diperkatakan kerana dilaporkan memang Jackson sengaja mahu mendedahkan payu daranya semasa mengadakan persembahan itu.
Anugerah Grammy yang ke 55 bakal diadakan di Staples Center, Los Angeles bermula jam 8 malam (waktu Amerika).
Antara yang tercalon ialah kumpulan Fun, Taylor Swift, Kelly Clarkson dan Mumford & Sons.
Hollywood sudah tetapkan kod pakaian, jadi mungkin tiada masalah untuk artis kita pun berpakaian lebih sopan dan manis jika menghadiri mana-mana majlis anugerah yang dianjurkan.
No comments
Post a Comment