Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Petani China Membuat Kereta Sport Lamborghini Dari Bahan Buangan!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Seorang mekanik dan petani asal China, Wang Jian, membina sebuah replika dari Lamborghini Reventon hanya dengan menggunakan rongsokan.

Walaupun kelajuannya amat jauh terpisah dengan supercar dengan harga 840.000 pound itu, dan digunakan untuk mengangkut baja, namun Jian yang tinggal di wilayah Jiangsu di timur China ini mencurahkan seluruh kemampuannya untuk membuat replika kereta tersebut daripada besi tua.
Lelaki berusia 28 tahun itu, memulakan usahanya untuk membina replika supercar ini bulan Mei tahun lalu, ketika ia membeli sebuah Volkswagen.

Setelah sebelumnya membina sebuah model kecil dari Lamborghini Reventon, Jian mulai mengerjakan sebuah replika asal dengan membuat ulang chassis serta memindahkan mesinnya dari depan ke bahagian belakang kenderaan.

Walaupun kerja-kerasnya ini sekarang telah selesai, Jian tidak mampu untuk memandu kereta ini di jalan raya kerana ia tidak boleh mendapatkan permit.

Meskipun begitu, Lamborghini buatan Jian masih boleh digunakan sebagai kenderaan pengangkut baja.

"Ketika melayari internet, aku mendapati kereta ini sangat Cool, dan yang lebih penting lagi bahawa hanya ada 21 kereta Lamborghini Reventon di seluruh dunia. Inilah yang membuat aku ini membinanya "tutur Jian.

Jian yang merupakan seorang pencinta automotif sejak usia awal ini telah menjadi seorang mekanik di usianya yang ke-16, dan membina replika ini hanya dengan bayaran sekitar 6,000 poundsterling.

Diketahui, hanya segelintir Lamborghini Reventon yang dilaporkan telah dibuat oleh pengilang supercar Itali yang terkenal itu, walaupun ada khabar angin yang beredar bahawa ada sekurang-kurangnya 100 unit yang dibuat.









About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments