London – Seorang ibu di Britain yang memperkenalkan arak kepada anak gadisnya seawal usia tiga tahun kerana mahu menjadikan anaknya sebagai rakan minumnya, dikecam banyak pihak.
Shannon Burrows, 35, bukan sahaja diselar kerana tidak bertanggungjawab malah dia juga menyebabkan anaknya, Jamie Lee yang kini berusia 20 tahun, berisiko menghidap penyakit hati.
Selain itu, pengenalan arak pada usia muda juga boleh menyebabkan pertumbuhan remaja itu terjejas.
Shahnon yang terkenal sebagai seorang kaki parti, memberikan arak kepada Jamie sejak kecil dengan minum beberapa tin arak setiap minggu dan berkongsi vodka dengan kawannya apabila berusia 15 tahun.
Apabila dia mencecah usia 18 tahun, iaitu usia yang dibenarkan untuk minum arak, Jamie sudah keluar bersama ibunya dan minum sehingga awal pagi.
Jelasnya, biarpun dia tahu ada pihak yang tidak senang dengan tindakannya itu, namun Shanon berkata kawan-kawannya tidak pernah mengkritiknya.
Malah dia menyifatkan dia tahu apa yang terbaik untuk anaknya itu.
Shannon sendiri mula minum arak ketika berusia 14 tahun dan dia pernah tertidur di jalan akibat mabuk.
Malah adakalanya dia terpaksa dibawa pulang ke rumah oleh polis kerana terlalu mabuk.
No comments
Post a Comment