Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Buruh cedera parah ditetak dengan pedang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




BESUT -  Seorang buruh cedera parah ditetak dua lelaki di Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, di sini semalam.

Akibat tetakan menggunakan pedang itu, buruh berusia 43 tahun itu cedera di kedua-dua belah tangan dan kaki. Dia kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, buruh berkenaan dikatakan diserang dua lelaki yang dikenalinya ketika dia berada dalam sebuah bengkel membaiki kereta.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata berdasarkan siasatan awal polis percaya kes itu berpunca daripada dendam lama.- Bernama

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments