Apple akan mengeluarkan tiga iPhone tahun ini dan sekiranya khabar angin itu benar, satu daripada model itu bakal menggantikan iPhone 5, manakala yang kedua telefon pintar dengan paparan 4.8 inci dikategorikan sebagai peranti mampu milik diberi jolokan iPhone Math dan yang ketiga iPhone 6 dengan kamera 12 Megapiksel.
Sama ada khabar angin itu benar atau tidak, ia dijangka memberi kesan kepada penyata kewangan syarikat. Bagaimanapun, ada pihak bimbang dengan langkah Apple yang disifatkan permulaan kepada pengakhiran sebuah organisasi yang dianggap berharga.
Dalam 12 minggu, Apple mencatatkan keuntungan mencecah AS$13.1 bilion dan menjual sehingga 50 juta telefon pintar. - AFP
No comments
Post a Comment