PENJUAL langsung PC terbesar dunia, Dell memulakan langkah sebagai pengeluar telefon selepas melihat pasaran besar bagi segmen terbabit dengan produk berasaskan Androidnya iaitu Dell XCD 35.
Model terbabit menayangkan keunggulan Dell dengan skrin sesentuh 3.5 inci ditetapkan dengan kualiti resolusi paparan 480 x 800 piksel serta kamera beresolusi 3.2 megapiksel yang turut diperkasakan dengan fokus automatik.
Sistem operasinya menggunakan Android 2.1 Eclair dalam platform Android terkini bagi membolehkan pengguna akses terus ke perkhidmatan mudah alih Google dan ia boleh dipertingkat mengikut keperluan pengguna menerusi muat turun aplikasi baru di portal `Android market'.
Ia dibangunkan dengan rekaan yang menarik dengan cita rasa global bagi membuktikan Dell juga mampu bersaing di dunia telefon pintar yang mampu menghasilkan teknologi maju setahap ke hadapan.
Pembangunan teknologi Android yang mantap diteruskan dengan memiliki reka bentuk yang nipis dan ringan dengan hanya 12.2 milimeter (mm) serta dibina menerusi adunan bahan premium bagi memastikan telefon pintar ini lebih kukuh dan nipis untuk dikendalikan oleh pengguna.
>SPESIFIKASI
PRODUK: Dell XCD35
HARGA: anggaran RM1,099
RANGKAIAN 2G: GSM 900 / 1800 / 1900
RANGKAIAN 3G: HSDPA 2100
DATA: GPRS, EDGE, 3G HSDPA, 7.2 Mbps WLAN - Wi-Fi 802.11 b/g
OS: Android 2.1 Eclair
CPU: ARM 11 600MHz
PAPARAN: 3.5 inci
MEMORI: 200 MB storan, 256 MB RAM, 512 MB ROM
SLOT KAD: microSD
KAMERA: 3.2MP
BATERI: Li-Ion 1250 mAh
DIMENSI:114 x 56 x 12.2mm
BERAT: 120g
CIRI UNIK: Pengalaman rangkaian 3G dan reka bentuk nipis
No comments
Post a Comment