Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Anwar mahu Pak Lah dan Datuk Najib disiasat tentang 'projek IC'
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


PETALING JAYA - Menafikan sekali lagi pembabitannya dalam "projek IC" di Sabah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan sepatutnya turut melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hal ini kerana katanya, pasukan khas yang ditubuhkan merupakan sebuah pasukan yang menjalankan kerja-kerja itu secara berterusan.


"Sepatutnya tanya kepada Tun Abdullah dan Datuk Najib. Najib sebagai Perdana Menteri masih terus mengendalikan pasukan petugas itu di bawah perdana menteri sehinggalah mungkin sampai tahun lalu," kata Anwar.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa bertanggungjawab ke atas "projek IC" ini.
Anwar menambah, tindak tanduk Dr Mahathir yang turut mengaitkan beliau dalam "projek IC" sebenarnya tidak dapat menangkis siapa sebenarnya di sebalik projek terbabit.

"Soal Tun Dr Mahathir memang cara dia. Soalnya apakah dia boleh nafikan dia bertanggungjawab, dia yang mengasaskan pasukan petugas, dia yang melantik (bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Tan Sri) Aziz Shamsuddin dan (bekas anggota Kabinet, Tan Sri) Megat Junid (Megat Ayub) dan semua laporan itu sampai kepada pengetahuan beliau. Ini yang patut dijawab terlebih dahulu," tegas Anwar lagi.

Beliau dalam pada itu turut membidas tindakan kerajaan Malaysia yang seolah-olah melindungi individu dikehendaki polis Filipina, Manuel Kringal Amalilio untuk pulang ke negaranya.

"Keadaan ini serius. Agak tidak baik untuk menjaga hubungan dua negara apabila kita kelihatan melindungi penjenayah," tegas beliau.

Amalilio dikehendaki polis Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) dan turut dikatakan sebagai anak saudara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, namun dinafikan oleh polis Malaysia.

"Walaupun orang itu dipercayai ada kaitan keluarga dengan Musa Aman. Saya tahu ada kaitan saudara. Kalau ada kes sepatutnya pihak polis atau Kementerian Dalam Negeri ambil tahu kes itu dan apabila nampak ada asas, terus bagi kerjasama kepada kerajaan Filipina untuk meneruskan siasatan dan pendakwaan sekiranya perlu," ujar beliau lagi. - Sinar harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments