Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kes samun bersenjatakan pisau ditahan di Lintas, Luyang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post





KOTA KINABALU: Dua pelayan restoran yang melakukan aktiviti samun bersenjatakan pisau di beberapa premis dan rumah sekitar pusat bandar berjaya diberkas polis dalam satu kejadian di sini kelmarin.

Kedua suspek berkenaan, lelaki tempatan berusia 20 tahun, ditahan secara berasingan di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu kira-kira jam 10 pagi.

Suspek difahamkan terlibat dengan lima kes samun bersenjatakan pisau di kawasan Karamunsing, premis 24 jam Orange, kedai di Asia City dan sebuah kediaman di Jalan Lintas, Luyang.


Modus operandi mereka mengintip pergerakan mangsa sebelum suspek dipercayai berpura-pura membeli barangan di premis disasarkan.

Suspek terlebih dahulu akan memastikan mangsa berseorangan di premis mereka sebelum pergi menghampiri lalu mengacukan sebilah pisau ke pinggang mangsa dan melarikan wang di kaunter pembayaran.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata suspek difahamkan bergiat aktif dengan kegiatan samun itu antara 8 hingga 18 Januari lepas sebelum kedua-dua mereka ditahan.

“Dengan tangkapan kedua-dua suspek, polis percaya menyelesaikan lima kes samun yang berlaku di sekitar pusat bandar.

“Hasil daripada pemeriksaan dan soal siasat terhadap suspek juga, polis turut mendapati jumlah keseluruhan kerugian mangsa adalah RM10,450 yang kesemuanya berbentuk wang tunai,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments