Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » Pasangan ditembak kerana ingin menggulingkan Kerajaan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Pasangan Di Tembak Kerana Ingin Menggulingkan Kerajaan!!





Seorang wanita dan lelaki dikatakan tiba-tiba cuba menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini sambil membawa pedang samurai! Kekecohan bermula apabila mereka berdua kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang tadi.


Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu datang bersama pasangannya yang berhijab hitam . Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan. Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri.

Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

Sehingga laporan ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ***

Updated : Polis mengesahkan lelaki yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya meninggal dunia di hospital.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments