Sejumlah 2.6 juta penduduk Malaysia didapati menghidap diabetes susulan
pendedahan oleh Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) tahun
lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata keputusan kaji selidik NHMS itu mencemaskan dan membimbangkan di sebalik usaha bersepadu yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sejak bertahun-tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata keputusan kaji selidik NHMS itu mencemaskan dan membimbangkan di sebalik usaha bersepadu yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sejak bertahun-tahun.
"Perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia
meningkat kepada 31 peratus dalam hanya lima tahun berbanding peningkatan 11.6
peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke
atas," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan
Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 bertemakan 'Ke arah Pencegahan dan
Pengawalan Diabetes yang Lebih Baik' di sini hari ini, Dr Hasan berkata, antara
faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam
kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup
dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan
perubatan secara tetap.
"Cara pencegahan terbaik adalah dengan makan secara sihat, bersenam
sekurang-kurangnya dua kali seminggu, menjalani saringan kesihatan secara tetap
dan berkala dan penghidap diabetes mesti mendapatkan rawatan serta penjagaan
sewajarnya, misalnya mengawasi kadar gula dalam darah, mendapatkan rawatan bagi
peningkatan tekanan darah, dan penjagaan kaki.
langkah pencegahan adalah
tindakan yang menjimatkan wang dan mengurangkan dengan banyak perkembangan
penyakit itu serta komplikasinya.
No comments
Post a Comment