ADIK Uqasha Senrose, Raysha Rizrose tampil mempertahankan kakaknya yang teruk dikecam netizen gara-gara tindakannya yang kembali membuka tudung selepas tiga tahun berhijab.
Menerusi laman Instagramnya, pemenang Dewi Remaja 2015/2016 itu berkata orang ramai sepatutnya cermin diri terlebih dahulu sebelum lantang mengata orang lain.
“Jaga hidup dan diri masing-masing, jangan nak sibuk pasal life orang, cari salah orang, bila diri sendiri pun belum tentu betul,” tulis Raysha.
Sementara itu dalam ruangan komen menerusi gambar yang dimuat naik Raysha itu turut kelihatan pelakon genit, Elfira Loy meninggalkan komentar berhubung isu tersebut.
Menulis dengan penuh hemah, Elfira menasihatkan orang ramai untuk tidak memberikan komen negatif kepada Uqasha sebaliknya mendoakan yang terbaik buat rakan artisnya itu.
Uqasha menerusi laporan sebuah akhbar sebelum ini, mendedahkan bahawa dia sudah tidak memakai tudung kerana enggan terus hipokrit dan ingin menjadi dirinya sendiri. – MYNEWSHUB.CC
No comments
Post a Comment