Nama sebenar daerah di Nicaragua itu adalah Chichigalpa. Namun, orang ramai menggelarnya sebagai "La Isla de Viudas" yang bermaksud Pulau Janda. Gelaran yang tercipta dari tragedi.
Dalam 10 tahun terakhir, ratusan, bahkan mungkin ribuan penduduknya mati akibat penyakit buah pinggang misteri. Kebanyakan adalah para lelaki yang bekerja sebagai buruh ladang tebu.
Sacorro Mendez Flores masih ingat ketika anaknya jatuh sakit. Awalnya, Jorge Luis Silva hanya mengeluh penat. Tak ada yang aneh pada wajahnya, kelihatan baik-baik sahaja. Tetapi tiada siapa yang tahu, bahagian dalam tubuhnya mula nazak.
Ginjalnya rosak, tak mampu lagi menapis kotoran dalam tubuhnya. Lima bulan lalu, Sacorro mengebumikan buah hatinya itu.
"Hal sama berlaku pada suamiku," kata Sacorro . "Kedua-duanya meninggal dunia dengan sebab yang sama."
Penyakit buah pinggang merebak di sebahagian Amerika Tengah. Di Nicaragua dan El Salvador, jumlah lelaki yang meninggal jumlahnya 5 kali ganda dalam 2 dekad terakhir.
Sementara itu, lebih dari 20 juta warga Amerika Tengah, yang berusia 20 tahun ke atas mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
Penyakit buah pinggang yang merebak membuatkan kepala para saintis pening. "Sebab menyerang orang-orang yang tidak mempunyai penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi - yang merupakan faktor risiko penyakit buah pinggang biasa," kata Sasha Cavkin, seorang wartawan yang beberapa tahun membuat liputan perihal sakit misteri itu. "Tak ada yang boleh meneka apa yang membuatkan orang-orang itu sakit."
Pakar epidemiologi di Boston University, Daniel Brooks, berkata, seperti dimuat laman Publicintegrity, kawasan-kawasan terlibat sangat panas walaupun tanahnya subur. Para pekerja terpaksa membanting tulang di bawah terik matahari, dan terdedah secara langsung dengan racun perosak. Selain itu berlaku juga dehidrasi akut yang banyak dialami oleh pekerja ladang. Mereka kurang minum dan hanya meneguk air tanah setempat yang mungkin tercemar.

'Lebih Membunuh dari HIV / AIDS'
Di Amerika Tengah keadaan ini dipanggil creatinina. Sementara di Sri Lanka, masih tanpa nama.
Di kalangan penyelidik, creatinina adalah gelaran bagi penyakit buah pinggang yang tidak diketahui asal-usulnya atau chronic kidney disease of unknown origin (CKDu)
Creatinina boleh dikatakan suatu keadaan yang cukup 'unik'. Bagaimana tidak, pesakit creatinina paling banyak dialami oleh lelaki muda yang bekerja sebagai pemotong tebu, yang berasal dari El Salvador, Nicaragua, dan Costa Rica.
Pesakit creatinina akan meninggal dunia di usia 40 hingga 50 tahun, tapi penderitanya mula mengalami kesakitan di usia yang relatif muda, 20 hingga 30 tahun.
Laporan CNN pada Isnin (19/1/2015) penyelidik dari Boston University School of Public Health, Daniel Brooks, menjelaskan bahawa creatinina tidak mempunyai gejala awal. "Apabila pesakit mengalami gejala seperti keletihan, kesakitan, dan tekanan darah tinggi, sebahagian besar fungsi ginjalnya sudah hilang."
Brooks sendiri tidak mengetahui punca ramai masyarakat di tiga wilayah itu yang paling banyak menderita creatinina.
Namun, penyelidik dari Universidad Nacional, Heredia, Costa Rica, dan Karolinska Institute, Stockhol, Cathrina Wesseling percaya bahawa creatinina boleh muncul akibat dehidrasi semasa bekerja yang digabungkan dengan pelbagai faktor lain yang berasal dari alam sekitar.
Sebelum melontarkan ucapannya ini, pada 2012 Cathrina, terlebih dahulu melakukan satu kajian yang melibatkan 256 orang lelaki dan 408 orang wanita dari 5 buah desa di El Savador. Hasilnya, Cathrina mendapati penurunan fungsi buah pinggang ini mempunyai kaitan dengan pekerjaan di ladang kapas dan tebu.
Khusus di El Savador, penyakit buah pinggang misteri telah membunuh ramai lelaki yang bekerja sebagai petani. Jumlahnya melebihi mereka yang maut akibat HIV / AIDS, diabetes, hipertensi, dan leukimia. Jumlah lelaki di Nicaragua yang mati akibat penyakit aneh ini juga boleh dikatakan cukup tinggi.
Nasib pemotong tebu menderita CKDu
Pada 11 Jun 2014, laman berita CNN memuatkan satu artikel yang menceritakan nasib seorang pemotong tebu yang menderita CKDu atau Chreatinina.
Sejak usia 16 tahun, lelaki bernama Juan Salgado bekerja sebagai pemotong tebu di satu bandar berhampiran pantai Pasifik Nicaragua pada 1966.
Tiga puluh lima tahun kemudian, gejala seperti demam, sakit kepala, nafsu makan menurun, dan seringkali pengsan kerap dialaminya. Yang membuat Juan tak habis fikir adalah buah pinggang yang selama ini dianggapnya sihat telah mengalami kerosakan yang cukup parah.
Ketika berjumpa doktor, Juan dinasihatkan untuk tidak lagi bekerja di ladang tebu.
"Banyak sekali rakan-rakan saya yang meninggal dunia dan tidak boleh bekerja kerana mengidap penyakit ini," kata Juan yang kini berusia 66 tahun seperti dipetik laman berita CNN.
Dianggarkan 20,000 orang telah meninggal awal kerana penyakit misteri yang menyerang Amerika Tengah dua dekad kebelakangan ini. Namun jumlah sebenar korban tidak dapat dipastikan..
Anehnya, dalam tubuh pesakit creatinina tidak dijumpai gejala diabetes atau tekanan darah tinggi seperti yang sering mencetuskan gangguan buah pinggang di Amerika.
Laman Publicintegrity menyebut lebih dari 16,000 orang di Amerika Tengah mati akibat penyakit buah pinggang misteri sejak 2005 hingga 2009. Menurut analisis data yang dilakukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), jumlah ini tiga kali ganda sejak 1990.
Di Sri Lanka, WHO menyebut ada 8,000 orang mengalami penyakit buah pinggang misteri yang masih belum diketahui penyebab utamanya. Walaupun banyak sumber mengatakan angka ini dua kali ganda lebih besar.
Manakala di Andhra Prades, India, lebih daripada 1,500 orang telah dirawat kerana penyakit buah pinggang misteri sejak 2007.
Tanda tanya besar selama bertahun-tahun atas penyebab utama penyakit buah pinggang misteri menyebabkan beberapa pakar 'turun padang' melakukan penyelidikan.
Penyakit buah pinggang misteri yang sementara ini memang agak aneh. Kebanyakan mangsa adalah lelaki berusia muda bekerja sebagai petani yang bekerja selama berjam-jam di bawah terik sinar matahari.
Di Amerika Syarikat, penyakit ini dianggap sama dengan penyakit buah pinggang kronik lain. Sedangkan Amerika Tengah menganggap kes ini berbeza dengan penyakit buah pinggang kronik yang dikenali selama ini.
Dengan kata lain, Kerajaan di Amerika Tengah menyebut kes ini sebagai bentuk baru dari penyakit yang menyerang buah pinggang. Mereka menyatakan bahawa penyakit buah pinggang misteri ini tidak berasal dari diabetes, hipertensi atau faktor risiko yang berkaitan dengan diet lain. Setakat ini para penyelidik bersetuju dengan versi Amerika Tengah.
Sebagai seorang Pakar Epidemiologi di Boston University, Daniel Brooks yakin penyebab utamanya akan dapat dikenal pasti. Wabak dari penyakit buah pinggang misteri yang berlaku sejak 1990 boleh dihentikan, dan mangsa yang mati dapat dikurangkan.
"Saya benar-benar yakin penyakit buah pinggang misteri ini boleh dicegah," kata Daniel dipetik dari Publicintegrity, Khamis (22/1/2015).
Sumber: Liputan6.com
No comments
Post a Comment