SEOUL – Kisah cikgu wanita yang comel sering diperkatakan pelbagai pihak sejak zaman dahulu lagi sehingga pernah berlaku, ramai bapa sanggup ‘rajin’ menghantar anak ke sekolah semata-mata mahu melihat guru tersebut.
Terbaharu, beberapa foto menunjukkan seorang guru berwajah cantik yang dikatakan selama ini mengajar di sebuah sekolah menengah di Korea Selatan telah mencetuskan sensasi ramai netizen di ‘negara kimchi’ berkenaan.
Kejelitaan dan kecomelan tubuh badannya tidak hanya ‘menggetarkan jantung’ para pelajar lelakinya di sekolah yang memang pun tiada penuntut perempuan itu, tetapi juga pengguna media sosial tempatan yang melihatnya.
Wanita bernama Lee Nayeong tersebut sepatutnya menjadi seorang artis hiburan daripada berkhidmat sebagai guru, malah dilaporkan cikgu ayu ini ‘dinobatkan’ sebagai antara tenaga pendidik paling cantik di Korea Selatan.
Umumnya selama ini, kecantikan gadis tempatan selalu diragui kerana dianggap hasil pembedahan plastik yang memang cukup popular di negara tersebut dan doktor kosmetik Korea Selatan sendiri adalah terbaik di dunia.
Namun, berbeza dengan kebanyakan artis wanita, Nayeong memang memiliki kecantikan alami sejak kecil lagi sehingga pernah dilaporkan semua guru lelaki ‘suka’ memandang wajahnya yang manis secara semula jadi itu.
Ketika masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan, Nayeong bahkan pernah berjaya masuk sehingga ke peringkat saringan kelayakan terakhir untuk pertandingan ratu cantik tahunan yang terkenal, Miss Korea.
Kecantikan dan bakat Nayeong yang dilahirkan pada 1985 itu ibarat model sensasi telah membuatkan tempat dia mengajar tersebut turut menjadi terkenal di seluruh ‘negara ginseng’ berkenaan. – Agensi
No comments
Post a Comment