Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » HEBOH - Hubungan Uqasha Senrose & Syafiq Kyle Renggang Adakah Sebab Iqram?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose, 22, menjelaskan hubungannya dengan aktor Syafiq Kyle mulai renggang kerana mereka terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen turut menegaskan selama ini dia tidak pernah mengesahkan bercinta dengan pelakon itu.

"Dengan Syafiq pun saya kawan sahajalah, memang dulu kami rapat dan sekarang ni masing-masing sibuk dengan kerja.

"Saya tidak pernah pun cakap yang saya bercinta dengan dia dan sekarang kami kawan macam biasa… cuma tidak rapat sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Uqasha diminta mengulas hubungannya dengan pelakon itu selepas timbul gosip baharu dia menjalinkan cinta dengan Iqram Dinzly.

Gosip itu tercetus apabila kedua-dua mereka dilihat sering memuat naik gambar kemesraan di laman sosial masing-masing.


Bercakap mengenai Iqram, Uqasha berkata, dia senang berkawan dengan aktor itu kerana Iqram seorang yang penyanyang dan mengambil berat.

Malah pada peringkat ini hubungan mereka adalah untuk mengenali hati budi masing-masing dan menjalinkan persahabatan seperti orang lain.

"Buat masa ini saya berkawan sahaja dengan dia dan boleh dikatakan masih mengenali hati budi masing-masing. Iqram seorang yang caring dan sahabat yang baik. Dia boleh dijadikan kawan rapat," ujarnya.
Uqasya dan Syafiq pernah dikaitkan bercinta.

Bagaimanapun kata Uqasha, buat masa ini dia tidak memikirkan untuk ke fasa yang lebih serius dan akan berkawan dengan sesiapa sahaja selagi belum bergelar isteri orang.


Menurutnya, dia mula berkawan dengan Iqram ketika mereka sama-sama beraya di Sarawak ketika terlibat dalam program sambutan Hari Raya Aidilfitri selama empat hari di negeri itu.

"Selagi saya masih single dan belum berkahwin, saya tidak kisah berkawan dengan siapa pun," ujarnya.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia berasa hairan kerana sering dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki, biarpun mereka sekadar teman biasa.

"Saya pelik bila saya rapat dengan lelaki orang akan kata kami bercinta, walhal kami kawan sahaja. Saya lihat ada sahaja artis lain yang berkawan dengan mana-mana lelaki tetapi tidak pula digosipkan bercinta," soalnya.

Sebelum ini hubungan Uqasha dengan aktor Pekin Ibrahim juga putus.

Mstar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments