‘DULU berhijab, kini seksi’… itu tajuk yang dipaparkan menerusi sebuah akhbar tempatan bulan lalu mengenai pelakon dan pengarah, Diana Johor apabila mendedahkan dirinya kini tidak lagi mengenakan hijab.
Pendedahan itu sekali gus pernah membuat Diana Johor dikecam netizen di laman sosial.
Namun bagi Diana, dia mempunyai pendirian tersendiri mengenai keputusannya itu selain mengakui dirinya belum bersedia berhijab sepenuhnya.
“Apabila difikirkan semula, saya belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya dan kerana itu mengambil keputusan untuk membuka tudung. Memang ia mengejutkan ahli keluarga, tetapi saya nekad dengan keputusan ini.
“Sampai masanya saya jadi diri sendiri dan tampil dengan gaya yang selesa. Saya tidak mahu buat sesuatu semata-mata memuaskan hati orang lain.
“Soal pakai tudung atau tidak, biarlah antara saya dan Tuhan,” jelasnya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Diana akui dirinya sudah sedia maklumkan tentang keputusannya yang dilakukan bakal mendapat kritikan hebat itu.
No comments
Post a Comment