Hong Kong: Duta antidadah, Datuk Jackie Chan, baru-baru ini sekali lagi menjadi ‘mangsa’ berita palsu di Internet apabila dia dikatakan mati lagi akibat serangan jantung.
Laporan itu disiarkan di cnminformativo.com Jumaat lalu dan mendapat ribuan ‘like’ di Facebook.
Untuk memastikan ia nampak benar, laman itu turut memuat naik gambar photoshop wartawan NBC Brian Williams mengumumkan kematian Chan.
Turut disertakan, petikan kata-kata isterinya Lin Feng-jiao: “Saya harap anda faham kehilangan dialami kami dan meminta ruang untuk berkabung.”
Chan mengesahkan di akaun Weibonya bahawa dia masih hidup malah terkedu selepas membaca laporan itu.
Hanya dua tahun lalu, Chan dilaporkan mati di laman web Global Associated News kononnya kerana terjatuh lebih 18 meter di pergunungan Hahnenkamm ketika penggambaran filem.
Sumber berita palsu lain sebelum ini juga pernah melaporkan ‘kematian’ Chan. - AP
No comments
Post a Comment