Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Menderita Selepas Pasang Cincin Besi Pada Zakar
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


GARA-GARA ingin zakar ‘gagah perkasa’, seorang lelaki terpaksa menahan derita kesakitan berjam-jam lamanya sambil menanggung malu besar apabila cincin besi yang dipasang bagi tujuan seks tersekat pada kemaluan.
Sebelumnya akibat terlalu panik, lelaki berusia 44 tahun ini cuba menanggalkan cincin besi tersebut hingga menyebabkan zakarnya membengkak.
Berikutan itu, dia terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang semalam.
Bagaimanapun, deritanya tidak berakhir di situ.

Doktor yang mengalami kesukaran untuk mengeluarkan cincin besi itu terpaksa memanggil pasukan Bomba dan Penyelamat untuk menyelesaikan kes ini.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada HKL meminta bantuan untuk mengeluarkan cincin yang terlekat di zakar mangsa kira-kira pukul 3.45 petang.
“Kami cuba untuk bercakap dengan dia semasa prosedur tetapi dia terlalu malu untuk bercakap dan hanya memberitahu cincin tersebut baharu dibelinya di Amerika Syarikat. Selepas itu dia tidak bercakap lagi dengan kami.
“Selama tempoh 29 tahun sebagai ahli bomba, saya tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini,” jelas Azizan.
Operasi memotong cincin besi itu berakhir kira-kira pukul 5 petang.
– MYNEWSHUB.CC

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments