Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sepasang Kekasih Berkahwin Di Atas Wayar Besi (2 Gambar)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SOMERSET, Britain – Sepasang kekasih di sini yang bakal berkahwin akan melafazkan sumpah cinta mereka di atas wayar besi sekali gus menjadikan mereka pasangan pertama di Britain yang berbuat demikian.
Pasangan tersebut, Chris Bull, 37, dan Phoebe Baker, 25, akan berdiri pada ketinggian 24 meter dari atas kepala tetamu di Gua Wookey Hole, dekat sini ketika hari bahagia mereka nanti.
Sementara itu, pendaftar perkahwinan mereka akan menjalankan upacara perkahwinan dari atas tanah menggunakan alat pembesar suara di hadapan 100 orang tetamu yang bakal hadir dalam majlis esok.

“Majlis ini merupakan impian kami. Bull mengajar saya untuk berjalan di atas wayar,” ujar Baker yang akan melakukan upacara menukar cincin di udara.
Bull yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun berjalan di atas tali secara profesional mula mengajar tunangnya kemahiran itu sejak empat tahun yang lalu.
Baker telah mereka sendiri gaun perkahwinannya dengan abah-abah keselamatan untuk menyesuaikan ia pada majlis tersebut. – Agensi



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments