PERGHHH… hampir tersembul biji mata kami melihat Diana Danielle yang begitu berani tampil seksi dalam majalah Esquire Malaysia, keluaran bulan ini.
Aksi isteri aktor Farid Kamil ini yang hanya mengenakan pakaian dalam atau ‘coli’ berwarna hitam, menampakkan sebahagian perut boleh membuatkan sesiapa sahaja ketap bibir melihatnya.
Dalam beberapa aksi lain, Diana turut memberikan pose daring dan menggiurkan sambil mengenakan pakaian sendat lagi singkat.
Jika melihat bentuk badan Diana yang superb ini, pasti ramai tidak menyangka wanita kacukan Melayu-Inggeris ini sudah pun bergelar seorang ibu.
Namun lebih utama, kami pasti gambar sensasi kali ini boleh mencetuskan kontroversi dan membuat nama Diana kembali bermain panas dalam radar hiburan tempatan.
Jika dilihat pada isi temubual dengan majalah tersebut, Diana banyak berkongsi cerita tentang permulaan kariernya dalam industri seni dan sifatnya yang sangat mementingkan hasil kerja terbaik.
Pada masa sama, Diana turut mendedahkan kisah kesukaran hidupnya suatu ketika dahulu sehingga ibunya, Norsiah Ramli terpaksa menjual rumah demi meneruskan kehidupan mereka anak beranak.
“Kesukaran hidup yang dihadapi ketika masih kecil membuatkan saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, ” katanya.
Untuk lebih menarik, dapatkan majalah Esquire di pasaran segera!
- MYNEWSHUB.CC
No comments
Post a Comment