Satu jasad seorang sami yang telah dimumiakan dalam posisi ‘bunga teratai’ (lotus positition), menimbulkan kegemparan apabila pakar Buddha mendakwa, ia masih bernyawa dan belum mati namun sedang berada dalam fasa meditasi.
Berita tersebut mula tersebar dan menjadi perbualan setelah pihak berkuasa mendapat laporan bahawa seorang individu cuba menjual jasad tersebut di pasaran gelap di wilayah Songinokhairkhan, Mongolia.
Lantas, pihak polis menahan lelaki tersebut kerana percaya dia telah mencuri mumia itu di tempat lain. Mereka turut mengambil keputusan untuk menyimpan jasad sami terbabit di sebuah pusat forensik di Ulaaanbaatar.
Saintis kini sedang melakukan bedah siasat terhadap jasad yang dianggarkan berusia 200 tahun itu. Menurut laporan, ketika ditemui, ia dibalut dengan kulit anak lembu.
Siasatan lanjut dibuat untuk mengenal pasti bagaimana mumia itu diawet dengan sempurna walaupun berkemungkinan faktor cuaca sejuk turut memainkan peranan.
Yang ‘menariknya’, menurut seorang doktor kepada Dalai Lama iaitu Dr Barry Kerzin, sami tersebut sebenarnya belum mati, tetapi berada dalam fasa meditasi yang dikenali sebagai ‘tukdam’.
Terangnya, andai seseorang mampu mencapai sehingga ke kondisi tersebut dan mengekalkannya selama tiga minggu, maka tubuhnya akan mula mengecut secara perlahan-lahan.
Sehingga kini, siasatan masih belum dapat mengenalpasti identiti individu tersebut namun ada andaian mengatakan, sami tersebut merupakan guru kepada Lama Dashi-Dorzho Itigilov yang turut dimumiakan.
Dalam jangka masa 50 tahun, terdapat berpuluh-puluh kes sama yang ditemui, terutamanya melibatkan sami di Tibet.
No comments
Post a Comment