Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Aktres Diusir Iran, Bogel Untuk Majalah Erotik Perancis
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


PARIS — Setelah diusir keluar dari negaranya sendiri kerana menayangkan payu daranya menerusi video kontroversi untuk anugerah Cesars di Perancis pada 2012, aktres kelahiran Iran, Golshifteh Farahani sekali lagi mencetuskan kekecohan baharu.
Kali ini, pelakon berusia 31 tahun itu muncul bergambar hitam putih dengan penampilan tubuh telanjang sambil beraksi ghairah dalam keluaran terbaharu majalah erotik Perancis, Egoiste yang dirakamkan jurufoto terkenal di dunia, Paolo Roversi.
Golshifteh pernah berbogel untuk mempromosikan Cesars pada 2012, acara penganugerahan karya skrin terbaik Perancis setaraf Academy Awards di Hollywood sehingga menyebabkan nama dia langsung dilarang menjejaki tanah tumpah darahnya.


Stesen Al-Arabiya pada waktu itu melaporkan, pihak berkuasa menghubungi keluarganya di Teheran untuk memaklumkan Golshifteh bakal dihukum jika ‘berdegil’ pulang ke Iran dengan payu daranya akan dipotong dan disajikan di piring untuk bapanya makan.
Sejak itu, beliau terpaksa menetap di Paris bersama suaminya, Amin Mahdavi, namun penampilan terkini Farahani menimbulkan isu kemungkinan ia tindak balas terhadap negara asalnya yang dianggap menindas kebebasan akhbar dan hak bersuara rakyat.
Stesen Fox News memetik Golshifteh sebagai berkata: “Perancis telah membebaskan saya dan ini satu-satunya tempat di dunia wanita tidak perlu berasa bersalah. Di Timur, anda bersalah sepanjang waktu setelah memiliki dorongan seksual yang pertama.”
Golshifteh mula dikenali ketika menjadi heroin kepada aktor terkenal, Leonardo DiCaprio dalam filem adaptasi novel, Body of Lies pada 2008, sekali gus menjadi pelakon wanita Iran pertama tampil menerusi filem Hollywood sejak zaman Revolusi Iran 1979.
Namun, banyak pihak meragui niat sebenar Golshifteh kononnya bekas penuntut Universiti Islam Azad itu mendakwa foto telanjang tersebut adalah cara terbaik untuk mendukung hak asasi wanita Iran, sebaliknya ia merendahkan lagi imej sopan beliau selama ini.
Beliau yang juga penyanyi dan pemuzik, sudah pun berlakon lebih 25 buah filem sejak berusia 14 tahun, malah adik kepada pelakon wanita terkenal, Shaghayegh Farahani; serta anak bongsu kepada Behzad Farahani, pengarah teater ternama Iran. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments