SEPERTI diketahui ramai, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkena jangkitan penyakit bawaan air disebabkan bakteria e. Coli semasa melawat mangsa banjir baru-baru ini, dilaporkan sudah sihat dan kembali bertugas hari ini.
Berita ini turut dikongsikan Najib menerusi status Twitter;
‘Alhamdullilah, kembali kerja hari ini. Terima kasih kepada semua, termasuk rakan-rakan online yang telah doa bersama ucapan-ucapan cepat sembuh’
Namun, seorang wanita yang menggunakan nama Syuhada Rafien di halaman Facebook, mendapat kecaman apabila bertindak luar batasan dengan memuatnaik status berbunyi ‘semoga cepat sembuh PM’ bersama gambar kain kafan yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia.
Kalau tidak suka kepada perdana menteri atau mana-mana manusia sekalipun, rasanya tidak perlulah sampai berbuat biadap semacam itu.
Apakah mentaliti generasi muda masa kini begitu rendah hingga ke tahap tidak tahu menghormati pemimpin?
Pemimpin itu tetap pemimpin.
Tidak kisahlah sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, kita harus menghormati setiap pandangan dan perjuangan yang dipegang. -MYNEWSHUB.CC
No comments
Post a Comment