Edinburgh, 14 Okt - Daniella Liverani, 24, dari Edinburgh yang menganggap hidungnya yang mengalami pendarahan selama berminggu-minggu adalah berdarah kerana kemalangan motosikal terkejut besar apabila mendapati sebab sebenar hidungnya berdarah adalah kerana seekor lintah yang berumah di dalam hidungnya.
"Ketika saya sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah saya dan saya boleh melihat ianya melekat pada hujung hidung saya", kata Liverani.
"Jadi ketika menyedari kejadian pada Khamis lepas, saya keluar dari tempat mandi untuk melihat dengan jarak dekat di cermin dan saya ternampak bentuk seperti cacing. Barulah saya sedar ianya adalah seekor binatang!", sambung Liveranni yang sebelum ini menyangka objek hitam itu adalah darah beku di dalam hidungnya.
Setelah ke hospital, objek tersebut, seekor lintah sepanjang tiga inci, dikeluarkan dari hidung Leverani oleh staf di hospital.
Menurut doktor, lintah itu sudah berada selama satu bulan di dalam tempat persembunyiannya itu. Lebih teruk, jika Liveranni tidak membuat pemeriksaan kesihatan, lintah itu mungkin boleh masuk ke dalam otaknya.
Liverani percaya lintah itu masuk kedalam hidungnya ketika dia berada di Vietnam atau Cambodia. Seorang pakar lintah memberitahu lintah itu mungkin masuk kedalam hidung Liveranni ketika dia sedang berenang atau minum air
No comments
Post a Comment