Status Berita : Palsu
Baru-baru ini, satu keping gambar yang menunjukkan beberapa orang kanak-kanak sedang menguli roti canai menggunakan kaki tersebar di internet. Gambar itu disertakan dengan keratan akhbar yang bertajuk "Kilang roti uli tepung guna kaki diarah tutup".
Gambar ini menjadi viral di aplikasi Whatsapp dan juga beberapa blog serta laman FB dan juga Twitter.
Sebenarnya, berita ini adalah palsu semata-mata, atau lebih tepat dikatakan, 'misleading'. Keratan akhbar itu merupakan keratan akhbar pada tahun 2013 dan gambar itu adalah gambar yang berasal dari India bukan Malaysia atau Pulau Pinang.
Kami tidak tahu pihak mana yang menyebarkan berita tidak sahih ini dan apa tujuan sebenar mereka. Tapi yang pasti, perniagaan roti canai di sekitar George Town mungkin boleh terjejas dengan penyebaran berita ini.
Diharap orang ramai tidak lagi menyebarkan berita ini kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah pula kepada kedai-kedai roti canai yang beroperasi di sekitar Pulau Pinang.
No comments
Post a Comment