Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » KEJAM - Lelaki Bunuh Dan Makan Otak Teman Wanita
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Jeffersonville (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang pernah didapati bersalah kerana membunuh dan dibebaskan dengan ikat jamin, memecah masuk rumah teman wanitanya, membunuhnya sebelum memasak jantung, paru-paru dan otak mangsa.

Joseph Oberhansley, 33, didakwa melakukan kekejaman itu selepas memasuki rumah teman wanitanya, Tammy Jo Blanton, 46, di Jeffersonville, Indiana, Khamis lalu.

Polis menemui mayat Tammy di bilik mandi dengan kecederaan teruk di kepala, leher dan perut.

Menurut kenyataan polis, mereka menemui pinggan berlumuran darah dan tulang serta peralatan memasak juga dipenuhi darah.

Tammy dilapor menelefon polis jam 3 pagi, 11 September lalu dengan mengadu Oberhansley, 33, cuba memasuki rumahnya. Polis mengusir lelaki itu, tetapi mereka kembali semula ke rumah berkenaan jam 10 pagi atas desakan rakan sekerja Tammy. 

Mereka kemudian menemui mayat mangsa di dalam tab mandi dengan sebahagian tempurung kepalanya pecah. Menurut laporan tangkapan, Oberhansley mengaku memasak sebahagian otak kekasihnya dan memakannya.

Bagaimanapun, ketika dihadapkan ke mahkamah semalam, Oberhansley mendakwa dia tidak melakukan kekejaman itu.

Dia memberitahu hakim mahkamah Clark County: “Anda silap orang.” Dia dituduh membunuh, melakukan kekejaman terhadap mayat dan menceroboh, tetapi menafikan semuanya.

Oberhansley mempunyai sejarah jenayah sejak 2000 lagi apabila didapati bersalah membunuh tanpa niat dan cuba membunuh teman wanitanya ketika itu, Sabrine Elder, 17, dan mencederakan ibunya.

Hanya beberapa hari sebelum pembunuhan itu, Sabrine melahirkan anak Oberhansley.

Dia dibebaskan pada 2012, tetapi pada 2013 dia didapati bersalah mencekik seorang lelaki di sebuah bar. Dia dibebaskan dengan ikat jamin dua minggu lalu. - Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments