Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gegendang Telinga Justin Bieber Pecah
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




London – Justin Bieber mungkin terpaksa dibedah selepas gegendang telinganya mengalami kecederaan. Bintang pop berusia 20 tahun itu mungkin perlu menjalani pembedahan untuk memulih tisu telinga yang koyak selepas melakukan aksi terjun dari tebing yang dikenali sebagai ‘tombstoning.’

Dalam kenyataan menerusi akaun Twitternya, Bieber menulis: “Gegendang telinga pecah akibat terjun tebing. Doktor menasihati supaya menjalani pembedahan.”

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Baby’ dan baru-baru ini berbaik semula dengan bekas kekasihnya Selena Gomez berkata, kecederaan itu mungkin melambatkan penerbitan album barunya tetapi yakin ia tidak akan menjejaskan kariernya dalam jangka masa panjang.

“Masalah ini mungkin mengganggu sedikit namun saya akan tetap menghasilkan lagu baru untuk peminat,” katanya.

Sementara itu, Bieber yang selalu menimbulkan kontroversi dikatakan berusaha memulihkan imejnya, termasuk tidak lagi minum arak.

Menurut sumber, Justin begitu teruja memberitahu rakan-rakannya mengenai gaya hidup sihat yang dijalani sekarang.

“Dia tidak lagi minum arak dan berhenti makan makanan tidak sihat. Dia memang menghadapi masalah beberapa bulan lalu dan berharap ini akan membantunya pulih kembali,” kata sumber itu. – Agensi / Harian Metro

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments