Seorang remaja Palestin berusia 16 tahun
menjadi terkenal dalam laman media sosial, Twitter selepas dia mencapai
sejumlah 166,000 pengikut berikutan mesej tweetnya yang menceritakan
keadaan kronik di Gaza dan kesengsaraan yang ditanggungnya akibat
serangan tentera Israel.
Farah Baker yang merupakan seorang pelajar sekolah tinggi tinggal
berhampiran Hospital Shifa, membolehkan dia memberi gambaran sebenar
tentang perang yang melanda wilayah Palestin berkenaan.
Menerusi nama Twitter, @Farah_Gazan, dia juga sering merekod video bagi
menunjukkan keadaan huru-hara akibat serangan tentera Zionis secara
sepintas lalu.
Farah Baker
“Saya cuba untuk memberitahu kepada dunia tentang perasaan saya dan apa yang sedang berlaku di tempat saya.
“Saya tidak menjangka akan menerima ramai pengikut. Saya cuma mempunyai
sebilangan kecil rakan dalam laman web itu, dan jumlah pengikut semakin
bertambah,” katanya.
Farah berkata, dia juga ingin orang lain merasai pengalamannya berada di
Gaza dan diserang oleh tentera Israel menerusi tweetnya.
“Saya rasa hanya dengan cara ini saya dapat membantu Gaza. Kadang-kala
saya menangis kerana terlalu takut ketika menulis tweet, tetapi saya
tidak akan berhenti,” katanya.
Farah mengimpikan untuk menjadi seorang peguam dan berharap cita-citanya
itu akan tercapai untuk membela penduduk Gaza yang tersepit ekoran
penindasan Israel. – REUTERS
Dipetik dari: UtusanMalaysia
No comments
Post a Comment