Walaupun tidak menyediakan perkhidmatan pandu lalu (drive thru) medan
selera pasar raya Mydin Jasin, Melaka semalam diterjah sebuah kereta
jenis Honda City.
Akibatnya kerusi meja bertaburan dilanggar kereta jenis Honda City berwarna putih tersebut.
Selepas diperiksa insiden tersebut berlaku gara-gara pemandu tersilap
masuk gear hingga kereta meluru ke depan tanpa dapat dikawal.
Sesungguhnya kejadian ini amat memalukan bagi seorang pemandu yang mempunyai lesen sah bukan lesen terbang.
Justeru nasihat kami, hati-hatilah memandu dan amalkan sikap tenang
sejak awal pemanduan untuk elak perkara seperti ini menimpa anda. - MYNEWSHUB.MY
No comments
Post a Comment