Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Asyik shopping, wanita beranak depan supermarket
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Wanita yang sedang hamil biasanya tidak terlalu suka keluar rumah. Mereka biasanya bimbang dengan usia kehamilan dan boleh melahirkan pada bila-bila saja. Namun wanita yang satu ini tetap santai shopping di saat semakin hampir untuk bersalin. Yang membuat heboh, saat sedang shopping, wanita ini mengalami kontraksi dan terpaksa melahirkan di pusat membeli-belah Primark di Birmingham.

Dilapor oleh Dailymail.co.uk, wanita yang tidak disebutkan namanya ini membuat heboh di pusat membeli-belah bandar Birmingham. Saat sedang membeli-belah, wanita yang sedang hamil tua ini mengalami penguncupan dan terpaksa melahirkan di jalan depan kedai Primark. Beberapa pekerja membentangkan kain di sekitar wanita untuk mencegah orang lain melihat proses melahirkan yang sangat mendadak ini.



"Kami fikir ada persembahan di jalan itu," ujar seorang pejalan kaki. "Namun setelah didekati, ternyata ada seorang wanita yang melahirkan. Dia kelihatan sendirian dan tidak ada pegawai perubatan di sana," katanya.


Mujur, ada seorang doktor yang melalui di jalan ini ketika proses melahirkan berlangsung. Tidak boleh menunggu hingga ambulans datang, proses melahirkan tetap perlu dilakukan walaupun di tempat yang tidak sepatutnya. Beberapa orang yang tahu kejadian ini memberikan semangat agar si wanita tetap kuat dan melahirkan dengan selamat.

Tepuk tangan dari para pejalan kaki mengiringi tangis bayi yang lahir dengan selamat. Walaupun dengan segala keterbatasan dan bukan di tempat yang sepatutnya, wanita ini cukup kuat dan melahirkan bayi yang sihat. 

Pasukan perubatan sampai 10 minit kemudian membawa wanita dan bayinya ke dalam ambulans untuk mendapat rawatan di hospital. Dari laporan terakhir, si ibu tampak sihat dan bayi perempuan yang baru lahir juga sihat.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments