Xinxiang: Seorang lelaki dan ibunya mati selepas cuba mengambil telefon bimbit yang jatuh ke dalam tandas di rumah mereka.
Menurut laporan, telefon milik isteri lelaki berkenaan yang berharga kira-kira RM1,030 terjatuh ke dalam tandas itu. Dalam usaha mencari telefon berkenaan, suaminya masuk ke dalam lubang najis di luar rumah, tetapi pengsan kerana bau yang sungguh kuat. Ibunya kemudian memasuki lubang itu untuk membantu anaknya. Bagaimanapun, dia juga pengsan.
Kemudian, wanita yang terjatuh telefon berkenaan cuba membantu suami dan ibu mentuanya. Malangnya dia juga mengalami nasib yang sama sebaik berada di dalam lubang berkenaan, begitu juga dengan nasib bapa mentuanya yang turut cuba membantu. Dua jiran turut mengalami nasib sama dalam lubang berkenaan.
Penduduk kampung akhirnya terpaksa menggunakan tali untuk menarik keenam-enam mangsa keluar dari lubang itu.
Apabila berjaya ditarik keluar, dua mangsa lelaki itu dan ibunya sudah tidak bernyawa.
Seorang jiran yang terselamat berkata: “Bau di dalam lubang itu terlalu kuat. Saya pengsan sebelum dapat melihat apa-apa.” - Agensi
No comments
Post a Comment