Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Sebak kami melihat Erra Fazira dan bekas suaminya Engku Emran berpisah. Namun, didapati mereka masih sporting untuk bersama untuk menyambut harijadi anak mereka, Engku Aleesya yang menyambut ulang tahun kelima kelahirannya, semalam.
Bersama gambar yang mengimbau semula kenangan mereka bersama, Engku Emran bersyukur kerana kelahiran anaknya itu memberika kegembiraan yang tidak terhingga pada dirinya dan juga Erra.


Mereka berdua didapati tidak kekok bergambar bersebelahan bersama. Apapun, pasti Aleesya gembira kan?




JAKARTA: Pantang maut sebelum ajal. Itulah yang dialami seorang wanita selepas hanya bergantung kepada air hujan untuk hidup setelah terapung di laut selama dua minggu. 

Susanti, 32, yang berasal dari Desa Lebo dalam daerah Parigi Moutong, Sulawesi Tengah, ditemui oleh dua nelayan di laut, pagi tadi. 
 
Ketua Polis Wilayah Poso Kota, Urbanus Songgo berkata kejadian berlaku apabila bot yang dinaiki Susanti dan suaminya, Toni, 33, terbalik dilambung ombak ketika memancing ikan di laut. 

"Dari keterangan mangsa, dia sudah 14 hari terumbang-ambing di laut. Dia boleh bertahan hidup kerana minum air hujan. Wanita ini diselamatkan oleh dua nelayan yang berasal dari Tegalredjo, Poso, kira-kira 11 pagi tadi," kata Urbanus yang dipetik akhbar Kompas.com, hari ini. 

Urbanus berkata, daripada keterangan dua nelayan berkenaan, Sudirman, 30, dan Aco, 36, mereka melihat sebuah bot terbalik dan seorang wanita yang berada dalam keadaan lemah. 

"Kedua-dua nelayan itu membawa mangsa ke klinik berdekatan. Sehingga kini, suami Susanti belum ditemui," katanya. - Berita Harian

Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak berita tidak benar disebarkan oleh agensi media asing terhadap Malaysia.
Antaranya:
1. Provokasi

Sering mengeluarkan kenyataan daripada segelintir keluarga mangsa (minoriti) yang memburukkan Malaysia, seperti Malaysia pembunuh, Malaysia menyimpan bukti dan sebagainya. Walaupun ini bukan kenyataan rasmi CNN, tetapi tayangan kenyataan seperti ini mempunyai unsur provokasi yang mampu membuat penonton percaya dan melabel Malaysia dengan sesuatu yang negatif.

2. Kesalahan Maklumat

Terlalu banyak kesalahan fakta disiarkan CNN, dan kesalahan-kesalahan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh media sebesar itu. Kesalahan yang dilakukan adalah menyiarkan Kuala Lumpur sebagai salah sebuah provinsi di Indonesia. Selain itu, CNN juga tersalah menyiarkan nama Perdana Menteri Malaysia, yang seharusnya Datuk Seri Najib Razak, menjadi Datuk Seri Najib RAHMAN.

3. Fitnah dan Penipuan

Sejurus selepas pengumuman Perdana Menteri Malaysia bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, CNN menyiarkan berita bahawa pihak Malaysia Airlines hanya memaklumkan perkara ini kepada kaum keluarga melalui SMS. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan penduduk dunia yang merasakan MAS tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, pihak MAS telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa perkara itu tidak benar. Pihak MAS telah mendekati keluarga mangsa dan juga menghantar SMS dalam masa yang sama agar SEMUA ahli keluarga sedia maklum akan perkara tersebut.

4. Fitnah LAGI!

Memang benar pihak CNN tidak mengeluarkan kenyataan menghina Islam dalam tragedi MH370. Walau bagaimanapun, kita digemparkan dengan kisah hukuman gantung terhadap 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir. Apa kaitan hal ini dengan CNN? Sewaktu penggulingan Presiden Morsi, pihak CNN telah menyiarkan kenyataan seperti berikut :

“Brotherhood’s intentions and Morsy’s credibility started to become troubling when they repeatedly broke their word.”
Kenyataan ini amat tidak bertanggungjawab. Ikhwanul Muslimin memerintah hanya setahun, tetapi kenyataan CNN seolah-olah menuduh Ikhwanul Muslimin gagal dalam setiap aspek melibatkan negara Mesir. Provokasi dan fitnah. Selain itu, bekas wartawan CNN, Amber Lyon mendedahkan bahawa semasa dirinya masih berkhidmat dengan CNN, dia menerima arahan untuk menyampaikan berita palsu dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan awam dalam misi pencerobohan ke atas Iran dan Syria.
CNN juga memainkan peranan menuduh pembabitan Saddam Hussein dengan serangan 9/11 bagi meningkatkan sokongan kepada perang Iraq.
Di bawah adalah video lama memaparkan komen bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir berkaitan BBC dan berita palsu yang sering dimainkannya.



Atas alasan kerana kucing mengotorkan kawasan inap desa miliknya, seorang guru sanggup meracun 20 ekor kucing sehingga mati. Perlakuan itu sangat keterlaluan dan tidak berhati perut terhadap haiwan. Tindakan seorang guru itu telah menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor.
Satu keluarga telah kematian 12 ekor kucing dan selebihnya penduduk lain akibat memakan ikan yang telah digaulkan dengan racun. Kesemua kucing yang mati itu ditemui oleh penduduk kampung dengan mulut berdarah.

Perbuatan yang tidak beretika ini telah disaksikan oleh seorang penduduk yang tinggal di kawasan itu. Sehingga kini, sampel ikan telah dihantar ke Pejabat Vaterinar dan laporan polis juga telah dibuat.

Sungguh tidak berhati perut, seorang guru yang juga merupakan seorang pendidik anak bangsa sanggup melakukan perlakuan yang keji ini. Kucing adalah binatang kesayangan nabi diperlakukan seperti ini. Sedih dan terharu dengan sikap segelintir manusia yang tidak mempunyai hati yang kasih kepada binatang.


CAMBRIDGE - Seorang pelajar mendakwa dirinya gagal mendapat pekerjaan semasa cuti panas kerana dianggap terlalu hodoh. 

Pelajar psikologi, Ben Cronin, 20 berhasrat untuk bekerja sementara semasa cuti musim panas di bot terkenal Cambridge tetapi kakitangan di sana memberitahunya rupa parasnya tidak cukup menarik untuk bekerja di sana.

Cronin, yang baru saja tamat tahun pertamanya di Anlia Ruskin, University of Cambridge itu berharap, dia mampu membiayai pengajian tahun keduanya dengan bekerja sementara dalam cuti. 

“Saya cuba bertanya jika ada kerja kosong di bot pelancong itu, tetapi pekerja bot memandang saya dari atas ke bawah lalu ketawa. Mereka kemudian berkata, “kamu tidak layak bekerja di sini,”, 

“Saya berasa cukup terhina dan merasakan kata-katanya itu melampau dan memalukan diri saya. Apa kena mengena kerja itu dengan rupa paras saya?,” kata Cronin. 

Syarikat bot itu bagaimanapun menafikan kriteria yang diambil untuk bekerja mementingkan rupa paras. 


Pengurus Besar, Rod Ingersent berkata, pihaknya tidak menyokong kata-kata anak buah syarikatnya kepada Cronin kerana selama ini, mereka mengambil pekerja berdasarkan kriteria kerja dan merit individu.


Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus mempertahankan tindakan Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin dan menyelar pihak-pihak yang menghukum tindakan itu sebagai syirik dan murtad. 

Menurut UIA, tidak semua tindakan bomoh atau lebih dikenali sebagai pengamal perubatan traditional boleh dianggap haram kerana ada sebahagian daripadanya merupakan sunah nabi Muhammad saw.



Beberapa keping gambar terbaru berhubung laluan pesawat MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah tanggapan awal tentang kes tersebut.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, kesemua gambar itu merupakan satu pencerahan baru yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja).”

Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan.”



Sharnaaz Ahmad memang tidak pernah lekang dilanda kontroversi sejak dulu lagi. Selepas satu persatu kontroversi reda, timbul pula kontroversi lain yang dikaitkan dengan dirinya.

Itulah realiti hidup yang terpaksa dilalui aktor itu dalam dunia hiburan tempatan terutamanya sejak menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Mungkin ada pihak tertentu yang cemburu dengan populariti yang dikecapi Sharnaaz.

Terbaru, bekas kekasih Shila Amzah itu mengamuk di laman Instagram miliknya kerana muak dengan sikap segelintir peminat yang sesuka hati menjodohkannya dengan orang lain. Katanya, jodoh itu bukan hak manusia untuk menentukan tetapi Allah.



KUALA LUMPUR – Seorang bekas rakan sekolah Kapten Zaharie Ahmad Shah kesal dengan laporan negatif media asing yang dilihat cuba menyalahkan juruterbang itu dalam insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Jalil Saad yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free berkata, beliau tidak senang dengan laporan nagatif media asing yang cuba mencari kesalahan Zaharie.
Beliau berkata media asing seperti CNN (Cable News Network) dan Asia Wall Street Journal (AWSJ) datang ke sekolah itu minggu lalu bagi mendapat butiran lebih lanjut tentang juruterbang tersebut.
“Saya beritahu mereka saya tidak setuju dengan laporan mereka sebelum ini terutama CNN yang cuba menggambar imej negatif Zaharie dengan mengaitkannya dengan pengganas,” katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata juruterbang itu yang merupakan rakan sekolahnya di sekitar tahun 70-an merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan bekerja kuat untuk mencapai cita-citanya menjadi juruterbang.
“Saya berharap semua media asing tidak membuat spekulasi mengenai Zaharie sehingga siasatan ke atas kehilangan misteri pesawat yang dipandunya selesai,” tambahnya.
Semasa perhimpunan di sebelah pagi, para pegawai, guru dan pelajar sekolah tertua di Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 1,045 pelajar bertafakur selama seminit bagi mengingati penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang.
Bendera turut dinaikkan separuh tiang.
Pelbagai pihak sebelum ini membantah pelbagai laporan negatif media asing berhubung insiden MH370 termasuk cubaan mengaitkan kejadian itu dengan pendirian politik Zaharie yang juga penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selain itu, media asing seperti CNN juga memetik kenyataan beberapa individu yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara ekstremis selain menuduh kerajaan cuba menyembunyikan fakta mengenai insiden berkenaan. – New Malaysian Post
DIKALANGAN keluarga penumpang pesawat MH370, Maira Elizabeth Nari boleh dikatakan waris yang paling aktif di Twitter.
Maira yang merupakan anak perempuan kepada ketua pramugara, Andrew Nari rajin berkongsi perasaan dan berita tentang insiden MH370 melibatkan bapanya.

Bagaimanapun bagi yang biasa yang mengikuti perkembangan Maira menerusitwithandle @Gorgxous, anda akan dapati akaun tersebut tidak lagi aktif.

Sebaliknya Maira kini menggunakan twithandle baru iaitu @MairaElizxbeth_. Keputusan ini dipercayai kerana Maira terasa hati apabila dia menerima kata-kata berunsur kebencian sebelum ini di Twitter lama.
Kini akaun baru Maira mempunyai 3,546 pengikut dan dipercayai akan terus meningkat.
Pada masa sama, Maira dilihat menegur seseorang yang menggunakan twithandle @Gorgxous1 kerana berlagak seolah-olah dia adalah Maira termasuk menggunakan gambarnya dan membalas pertanyaan pengikut seolah-olah dia adalah Maira sebenar.
Pelik juga perangai sebilangan manusia ini ya?
Boleh buat-buat macam tak bersalah dan sanggup berlakon jadi orang lain semata-mata mahukan perhatian. Sedih..


Dipengaruhi oleh taufan "Trami", gelombang besar 20 meter tinggi yang jarang muncul di Qiantang River Haining,  Laoyancang.Fenomena air pasang surut ini amat jarang belaku menyebabkan ribuan orang datang kemari untuk melihat sendiri.


Walau bagaimanapun, bahaya yang berlaku semasa tontonan yang menyeronokkan bertukar trajedi memusnahkan tembok dinding pengadang air pasang surut setinggi 20 meter, menyebabkan kecederaan yang hampir 30 pelancong di tempat kejadian.

Ini adalah kejadian dirakamkan oleh seorang wartawan Channel Haining di tempat kejadian penonton menonton diLaoyancang pada 13:00 petang [Ogos 22]. Daripada gambar ini, kita boleh melihat gelombang pasang surut menghentam tembok laut dari barat ke timur dan menghempas ke arah penonton, di atas empangan. Arus yang deras juga menghentam ke bahagian atas pagar kawat, di belakangnya. Jarak antara kedudukan jurugambar ini adalah kurang daripada 10 meter. Mujurlah, wartawan tidak cedera. 











Amerika Syarikat mengesahkan tidak wujud perbuatan ganas atau ‘terrorism’ di sebalik kehilangan penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senat, Senator Dianne Feinstein berkata; “Setakat ini tidak ada, spekulasi adalah tetapi tidak ada apa-apa (bukti serangan pengganas di udara).
Bercakap kepada CNN beliau berkata, “Ini adalah misi yang sangat sukar. Hakikat bahawa begitu banyak negara menyertainya… mencerminkan bahawa tidak ada sebarang kaedah untuk mengira fungsi yang itu pula (dengan baik)…
Beliau menambah,: “Kamu harus faham, perisikan Amerika tidak mempersiapkan dirinya untuk kapal yang terhempas,”.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China, dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.
Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa. 

Bacau (Romania): Seorang lelaki cuba menyembunyikan kesalahannya ketika mendapatkan rawatan kerana mengalami kesakitan pada kerongkongnya.
Dia enggan memberitahu doktor yang dia menelan garpu sebelum itu.
Ujian X-ray yang dijalankan ke atas Radu Calincescu, 25, menunjukkan objek berkenaan tersekat di tekaknya.
Radu menelan garpu berkenaan kerana bertaruh dengan rakannya bagi membuktikan kekuatannya, lapor Daily Mail.
“Saya mabuk ketika itu dan bertaruh dengan rakan yang saya mampu menelan garpu itu tanpa tercedera.

Saya memasukkannya ke dalam mulut dan dapat menelannya.

“Kini saya sedar ia tindakan yang amat bodoh.

Saya rasa, buat sementara waktu, saya tidak akan bertaruh lagi,” katanya.

Bengang dengan kenyataan itu, doktor memberitahu Radu mereka “tidak ada masa” untuk mengeluarkan garpu berkenaan.


HUTAN MELINTANG - PERAK. Seorang jururawat bercadang memfailkan saman terhadap sebuah hospital yang didakwanya melakukan satu prosedur rawatan tanpa mendapatkan persetujuan ahli keluarganya hingga dia terpaksa melakukan pembedahan kali kedua dalam tempoh 48 jam selepas melahirkan bayinya.

Dalam kejadian Februari lalu, Noralisa Mohd Malid, 29, mendakwa, tiub fallopio sebelah kirinya diikat oleh doktor pakar yang menjalankan pembedahan caesarean ke atasnya ketika dia melahirkan anak ketiganya di hospital itu.
Difahamkan, tindakan itu dibuat kerana terdapat lekatan pada dinding pelviknya berikutan saluran tiub mangsa cedera ketika pembedahan dilakukan.

Noralisa berkata, dia hanya mengetahui  keadaannya sehari selepas pembedahan apabila mendapati pembalut luka di abdomennya basah dan berdarah.

“Ketika doktor buat pemeriksaan, saya sempat tanya sama ada berlaku komplikasi semasa pembedahan dijalankan.

“Doktor itu kata, mereka telah mengikat tiub fallopio sebelah kiri saya kerana ada lekatan pada dinding pelvik.

"Doktor cuba untuk menanggalkannya namun secara tidak sengaja saluran tiub itu tercedera dan menyebabkan pendarahan tidak berhenti hingga mereka terpaksa ikat tiub itu bagi menyelamatkan nyawa saya,” katanya ketika ditemui rumahnya di Kampung Parit 13, semalam.

Noralisa berkata, apa dikesalkannya ialah doktor yang memberitahu perkara itu kepadanya tidak langsung menunjukkan rasa kesal walhal ia adalah satu perkara besar buat dirinya memandangkan tiub fallopio kirinya kini tidak berfungsi.

Katanya, selepas pembedahan, dia berasakan perutnya semakin sakit dan kain  dipakainya turut ditembusi darah daripada pembalut luka pembedahan.

“Saya terpaksa tunggu agak lama untuk doktor datang buat pemeriksaan dan saya menggigil menahan kesakitan di perut.

“Apabila doktor datang dan periksa luka, dia jerit dan mengatakan usus perut saya terkeluar menerusi luka pembedahan. Saya juga melihatnya," katanya.

Noralisa berkata, dia terpaksa menjalani pembedahan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 48 jam oleh doktor pakar lain dan masalah tersebut didakwa berpunca daripada kecuaian doktor yang membedahnya sebelum ini.

Katanya, dia kini trauma dan kesal dengan apa yang terjadi serta telah membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. SH

“Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam.
Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.
Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.
Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.
Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.
Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.
Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.
Harian Metro mendapati FB itu menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu.


Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah.

Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan.
Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.
Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama.
Laporan itu juga berkata, Aishah menjelaskan kepada pegawai penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain namun menolak kemungkinan ayahnya sengaja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang.

Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.
Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.
Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.
Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya.


Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya.
Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi.
Malah kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada bukti atau data mencurigakan yang boleh mengaitkan Zaharie sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu.
Seorang suami yang tiba-tiba naik angin selepas bertengkar dengan isteri bertindak nekad menyembelih wanita itu hingga mati sebelum mengelar diri sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Cheras, di sini, malam kelmarin.


Malah, lelaki berusia 32 tahun dan memiliki perniagaan sendiri turut menetak dua ekor anjing peliharaan mereka hingga mati.
Kejadian itu dipercayai bermula kira-kira jam 11 pagi apabila beberapa jiran mendengar pasangan suami isteri itu yang tidak mempunyai anak serta sudah tinggal beberapa tahun di rumah itu bertengkar sebelum mayat mereka yang berlumuran darah ditemui sejam kemudian.
Pasukan forensik yang dimaklumkan kejadian itu turut menemui pisau ‘pen knife’ dipenuhi darah dipercayai senjata yang digunakan untuk menyembelih mangsa berhampiran mayat lelaki itu.
Seorang jiran yang enggan dikenali mendakwa mendengar pasangan terbabit bertengkar sebelum mayat mereka ditemui.
Katanya, selepas beberapa ketika bertengkar, seluruh penghuni blok dikejutkan dengan penemuan mayat kedua-dua pasangan suami isteri itu.
“Saya mengenali mereka kerana sudah beberapa tahun tinggal berjiran.
Si suami memiliki perniagaan sendiri, manakala isterinya bekerja sambilan sebagai jurusolek,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pasangan suami isteri terbabit ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan luka pada leher.
Beliau berkata, kedua-dua mayat berkenaan ditemui tertiarap di atas lantai di bilik tidur rumah mereka.
“Turut ditemui dalam bilik sama, dua anjing peliharaan yang sudah mati dengan kesan kelar pada leher,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas dua mayat itu mendapati terdapat kesan kelar di leher sepanjang 10 hingga 15 sentimeter.
Mohan Singh berkata, pihaknya mengesahkan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat,” katanya. -HM

KUALA LUMPUR – Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.
Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu “pencerahan baru” yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.
Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

 “Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.
Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.
“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.
Waris penumpang MH370 dari China mahu Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, kononnya tanpa mengemukakan bukti konklusif.
Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui menuduh kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak dengan tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu, 24 Mac lalu.


“Kami mahu Kerajaan Malaysia dan MAS memohon maaf kepada keluarga dan waris berkenaan isu ini.
“Pada 24 Mac, Kerajaan Malaysia beri kenyataan tidak bertanggungjawab bahawa kapal terbang terhempas tanpa bukti,” kata beliau dalam sidang media dalam bahasa Mandarin di sebuah hotel di Subang hari ini.
Katanya, mereka kini terdesak kerana pertemuman dengan wakil penting Malaysia sebelum ini hanya memberi “maklumat tidak efektif kepada mereka”.
Mereka juga kesal kerana wakil berkenaan perlu memeriksa maklumat dengan kerajaan Malaysia untuk setiap pertanyaan mereka.
Oleh itu, kumpulan tersebut mahu bertemu dengan wakil dari kerajaan Malaysia, pembuat pesawat Boeing, pembuat enjin, Rolls Royce, syarikat satelit Inmasat serta wakil operasi mencari dan menyelamat bagi mendapatkan jawapan.
“22 hari telah berlalu, tiada satupun mereka menemui kami. Adakah ini bermakna qualiti produk mereka bermasalah?…
“Kami berharap dalam beberapa hari ini kami turut boleh bertemu dengan pasukan penyelamat, MAS dan kerajaan Malaysia untuk berkomunikasi.
“Kami harap komunikasi ini tak berlaku seperti di Beijing,” katanya.
Kata-katanya itu disambut dengan sorakan slogan “Kami mahu kebenaran”, “Kami mahu bukti”, dan “Kami mahu keluarga kami” oleh kira-kira 30 orang yang lain.
Individu berkenaan turut mengenakan baju-T berwarna putih dengan tulisan “Doakan untuk MH370″ dan “Kembalilah dengan aman” dalam bahasa Cina.
Kumpulan berkenaan turut mempamerkan kain rentang dengan slogan sama.
Kumpulan waris kepada penumpang berkenaan dibawa untuk menyertai satu perbincangan dengan wakil kerajaan Malaysia dan juga Malaysia Airlines di hotel berkenaan, sebaik tiba dari Beijing pagi ini.
Terdahulu, para waris penumpang berkenaan mengunci mulut dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada para wartawan selepas pertemuan selama lebih dua jam.
Seramai 15 orang dari 34 orang yang menyertai pertemuan tersebut menegaskan mereka “tidak mahu bercakap”, apabila para wartawan mengerumuni mereka sebaik keluar dari bilik perbincangan di hotel tersebut.
Wakil Kedutaan Cina yang diketuai setiausaha pertamanya Liu Peng Xiang juga enggan memberi sebarang kenyataan ketika diasak para wartawan.
Kumpulan waris tersebut, yang menyertai perbincangan sebaik tiba di Malaysia pagi ini, diiringi oleh 20 orang wakil MCA, diketuai naib presiden Datin Chew Mei Fun.
Seramai lapan orang wakil MAS, termasuk enam anggota keselamatannya turut mengiringi para anggota keluarga penumpang berkenaan dari pintu dewan perbincangan ke sebuah lif.
Tiada anggota polis dilihat mengawal para anggota keluarga tersebut, yang dikerumuni seramai kira-kira 50 orang petugas media dari pelbagai agensi dalam kejadian selama kira-kira 10 minit itu.
Para wartawan yang berasak-asak dalam kejadian tersebut menunggu sejak jam 11 pagi di luar bilik berkenaan sebaik mendapat tahu para waris tersebut dibawa ke hotel berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Naib presiden MCA Datin Chew Mei Fun yang mengetuai unit bantuan krisis parti itu merupakan wakil kerajaan Malaysia untuk berurusan dengan anggota keluarga penumpang berkenaan. – sumber Malaysiakini.com


Ingatkan kes melibatkan Adi Putra dan seorang wanita Johor, Nooraida Abdul Talib, 30, sudah ‘tutup buku’ apabila pihak polis mengklasifikasikannya sebagai ‘no further action’ manakala Nooraida diceraikan suaminya.
Namun bekas suami Nooraida, Amiruddin Othman, 51, dilihat kembali memanjangkan keadaan apabila memuatnaik gambar Adi Putra yang hanya bertuala dalam tandas bersama komen, “Yes my X salah tapi the other tak mengaku”.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika gambar ini adalah gambar yang dikirim Adi Putra kepada Nooraida sepanjang perkenalan singkat mereka.
Jika benar mengapa agaknya ia tidak ditunjukkan Amiruddin ketika kes sedang hangat dibicarakan?
Adi Putra dalam satu sidang media pada 13 Disember tahun lalu mempertahankan diri bahawa dia tidak bersalah sebagaimana tuduhan Amiruddin selepas pihak polis menggugurkan kes yang difailkan pasangan suami isteri berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Apa pun, kita nantikan respon daripada Adi Putra memandangkan pelakon ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan mengambil tindakan jika masih dikaitkan dengan kes ini.
September tahun lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 33, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dengan berbalas mesej dan bertukar gambar lucah walaupun baru seminggu berkenalan.



Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi proksi-proksinya di Malaysia.

PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.

Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar. -sumber