MELIHAT gambar saja, anda boleh mengagak mengapa Sungai Citarum di
Kepulauan Jawa, Indonesia ini diisytiharkan sebagai sungai paling
tercemar di dunia oleh Green Cross Switzerland dan Blacksmith Institute
tahun ini.
Usaha menyelamatkan sungai ini telah dimulakan sejak tahun 2008
termasuk oleh pihak Bank Pembangunan Asia (ADB) yang memberi peruntukan
lebih RM1.5 bilion untuk membersihkan sungai ini selama 15 tahun.
Biarpun Citarum dicemari pelbagai jenis bahan kimia berbahaya seperti
plumbum dan Chromium, penduduk setempat masih menggunakannya untuk
aktiviti harian mereka.
Lebih membimbangkan, ia turut menjadi sumber air untuk penduduk Jakarta.
Pencemaran ini dikatakan berpunca dari aktiviti perladangan dan kilang kain yang dibina berhampiran sungai.
Sehingga kini masih belum dapat dipastikan adakah Sungai Citarum selamat digunakan.
No comments
Post a Comment