Cheryl Cole memang sering memakai pakaian yang jarang. Tapi kali ini
ianya menarik perhatian salah seorang dari peminatnya, agak mengejutkan
reaksi peminatnya ini kelihatan seperti histeria!
Pelantun lagu The Girls Aloud ini kelihatan bergaya dengan baju jarang
yang menampakkan branya ketika keluar bersosial di London bersama teman
lelakinya Tre Holloway dan ibunya Joan...hah? Ibu?
Dan pada ketika itu juga salah seorang dari peminatnya tidak dapat
mengawal kegembiraan dapat bertemu Cheryl secara 'live' ketika baru
keluar dari The Rose Club.
Saksi yang berada di situ berkata, peminat tersebut terjerit-jerit: "Oh
my God, I can't believe it's Cheryl Cole, oh my God! oh my God!" ketika
penyanyi itu berjalan keluar.
Cheryl mencetuskan kontroversi apabila beliau mahu menyaman racangan
realiti tv X Factor USA dan menuntut £1.4 juta apabila dimalukan oleh
Simon Cowell tahun lepas.
Namun, semalam, sebelum melakukan persembahan di Capital FM's Jingle
Bell Ball di London, beliau tidak banyak mendedahkan mengenai tindakan
samannya itu.
No comments
Post a Comment