Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Seluar Dalam Khas Dicipta Untuk Atasi Masalah Bau Kentut
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Berita baik untuk anda yang tidak dapat menahan diri daripada buang angin!

Kini anda boleh kentut dengan yakin tanpa risau aroma yang terhasil mengganggu orang sekeliling apabila sejenis seluar dalam yang dapat menyerap bau dicipta dan dipasarkan untuk kegunaan harian.

Mengandungi sebatian kimia Zorflex yang biasa digunakan untuk menghasilkan sut perang, pencipta seluar dalam yang dikenali sebagai Shreddies mendakwa ia mampu menyerap hingga 200 kali bau yang biasa ‘dilepaskan’ oleh manusia.

Material karbon itu dikatakan kembali aktif meskipun selepas seluar dalam berkenaan dicuci.

Menurut jurucakap Shreddies, jualan seluar dalam ini mungkin mencetuskan reaksi berbeza namun ia terbukti dapat membantu mereka yang menghadapi masalah tidak dapat menahan untuk membuang angin disebabkan perut kembung, salah makan dan sebagainya.

Bagaimanapun pada masa sama, syarikatnya percaya ia merupakan ciptaan yang sesuai untuk semua orang memandangkan kentut merupakan perbuatan lumrah setiap manusia

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments