Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Zayn Malik Bertunang Dengan Perrie Edwards~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Pastinya jutaan wanita di luar sana patah hati setelah mendapat perkhabaran ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik sudah pun bertunang dengan dengan penyanyi dari kumpulan Little Mix, Perrie Edwards. Berita ini disahkan sendiri oleh adik lelaki Perrie menerusi Twitter. 

Jonnie Edwards menerusi akaun Twitternya telah memberitahu, "Ya, kakak saya dan Zayn sudah bertunang! Ianya betul! Anda boleh lihat cincin di jarinya! TAHNIAH!!!"

Malik dan Perrie yang berusia 20 tahun telah muncul pada majlis karpet merah untuk tayangan filem dokumentari, "One Direction: This Is Us" pada malam Selasa lalu di London dengan kedatangan Perrie yang dilihat memakai cincin pertunangan di tangan kiri.

Menurut laporan akhbar The Mirror, Malik telah melamar Perrie pada hujung minggu lepas setelah dua tahun bercinta.

"Ini merupakan hujung minggu pertama mereka menghabiskan masa bersama-sama kerana sibuk dengan konsert jelajah kumpulan masing-masing. Zayn mahu menunggu masa yang sesuai," kata satu sumber. 

"Semua rakan kumpulannya berada di V Festival dan Perrie tidak sabar-sabar mahu memberitahu mereka. Semua rakan Perrie turut teruja mendengar berita itu sama seperti ahli kumpulan One Direction yang turut gembira untuk Zayn."

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments