Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tradisi Telan Jari Kaki Dalam Cabaran Sourtoe Cocktail~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KANADA – Menjijikkan. Bekas mangsa taufan Katrina yang melanda Amerika Syarikat beberapa tahun lalu, Joshua Clark dikenal pasti sebagai individu yang menelan jari kaki yang disimpan di dalam balang, selepas menyertai cabaran Sourtoe Cocktail.
Selepas menelan jari kaki itu, dia menghulurkan wang sebanyak $500 dolar sebagai bayaran denda kerana berbuat demikian.
Clark mengambil bahagian dalam cabaran Sourtoe Cocktail iaitu satu acara tradisi penduduk Dawson City.
Ia diperkenalkan pada 1973.
Peraturan permainan Sourtoe Cocktail itu ialah jari kaki akan dimasukkan ke dalam gelas bir.
Mereka yang menyertai cabaran itu perlu menyentuh bibir pada jari kaki berkenaan yang telah direndam dengan garam dan alkohol dan perlu membayar sebanyak $5 dolar.
Peserta kemudiannya akan mendapat sijil sebagai anggota  Sourtoe Cocktail yang setakat ini sudah mempunyai 100,000 anggota.
Namun Clark telah melakukan sebaliknya apabila dia menelan ibu jari kaki berkenaan, menyebabkan penganjur cabaran Sourtoe Cocktail terpaksa mencari jari kaki yang baru.
Selain itu, denda yang dikenakan kerana menelan jari kaki berkenaan juga dinaikkan kepada $2,500 dolar.
Jari kaki berkenaan dipercayai milik Steve White, yang telah dipotong pada Januari 2000.
White menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum mendermanya pada bulan April 2002.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments